“Nak Jadi ‘Scammer’ Silalah Bijak Sikit!” – Fadzil Zahari ‘Melayan’ Penipu Atas Talian, Minta Orang Ramai Peka Dengan Modus Operandi

LocalEntertainment
5 Nov 2024 • 11:20 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Nama pelakon Fadzil Zahari menjadi sorotan warga maya gara-gara tindakannya melayan ‘scammer’ di satu hantaran video Instagramnya, semalam.

Adik kepada aktor Farid Kamil itu dirakam bersahaja melayan kehendak penipu atas talian di mana dia didakwa terlibat dengan penyebaran iklan palsu.

Namun, cubaan menipu itu dipatahkan Fadzil setelah pelakon itu berkata tiada pejabat yang beroperasi pada hujung minggu.

Orang jual data itu perkara biasa. Saya dah banyak kali scammer telefon. Saya mahir mengesan mereka.

Bro, orang kerja hari Isnin sampai Jumaat. Hari Ahad mana ada pejabat buka. Nak jadi scammer silalah bijak sikit.

Dia dalam pada itu sempat memberikan nasihat buat para pengikut di media sosialnya untuk tidak mudah terpedaya dengan modus operandi yang digunakan sindiket tersebut.

Kena beritahu mak ayah, pakcik makcik kita jangan cepat takut kalau ada orang telefon, tahu nama kita, nombor kad pengenalan kit,a sekarang dah jadi perkara biasa maklumat kita dijual.

Yang penting kita sendiri jangan sebut nombor kad pengenalan kita, dengan rakaman suara itu mungkin boleh dijadikan bukti untuk buat pinjaman.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 6 hours ago

Nonny Nadirah Berang Ada Pihak Curi Tiga Lagu Ciptaannya - "Itu Hak Saya!"