Nak Jaga Hati Isteri, Fedi Nuril Tahu Batas Sebagai Pelakon -“Peluk, Cium Tiada Masalah”

Entertainment
12 Sep 2023 • 12:50 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pelakon terkenal Indonesia, Fedi Nuril sudah semestinya terkenal dengan watak suami romantik dalam filem namun, dia mengakui sentiasa menjaga batasnya sebagai seorang suami bersama aktres lain.

Menurut laporan Kompas, aktor yang berusia 42 tahun itu mahu sentiasa jaga batasnya memandangkan ada hati isteri yang perlu dipelihara bagi menggelakkan perasaan cemburu yang melampau.

Bukan itu sahaja, dia turut memaklumkan ada perkara yang boleh atau tidak dilakukan ketika berlakon telah ditetapkan sejak mendirikan rumah tangga pada tahun 2016.

“Ketika awal pernikahan saya dan isteri sudah bercakap tentang persetujuan kami berkaitan pasangan pelakon wanita dalam filem. Pegang tangan, berpelukan atau cium pipi tiada masalah, cuma tidak cium bibir.

“Ciuman pada bibir hanyalah untuk isteri saya. Harus ada batasan supaya ada sesuatu yang istimewa dia dapat tidak sama seperti orang lain,” ujarnya.

Tambah pelakon Ayat-Ayat Cinta itu lagi, bukan perkara yang mudah untuk meyakinkan isterinya mengenai tuntutan kerjanya memandangkan Vanny bukan seorang selebriti.

“Isteri saya bukan dalam kalangan orang dunia hiburan, jadi sukar untuk membuatkan dia faham. Namun saya cuba menjanjikan yang terbaik.

“Sebagai seorang pelakon imej lelaki baik sudah terbiasa dengan saya. Peminat juga kurang suka saya membawa watak antagonis,” tambahnya lagi.

Sumber: Kompas

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved