“Nak Jaga Maruah Suami” – Neelofa Enggan Lagi Muncul Berdua Dengan Selebriti Lelaki Dalam Program TV

12 Oct 2022 • 1:31 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sudah menjadi adat jika bergelar personaliti terkenal, segala tindakan dan tingkah laku pasti akan diperhati dan menjadi tumpuan peminat dan juga netizen di luar sana.

Bagi Neelofa, usahawan ini khabarnya telah mengambil keputusan untuk tidak lagi bekerjasama dengan selebriti lelaki jika terpaksa muncul berpasangan dengan mereka.

Katanya, dia lebih selesa bekerja dengan rakan artis wanita sahaja dalam mana-mana program televisyen.

Itu kemahuan saya sendiri, secara logiknya bila buka televisyen nampak saya duduk di sebelah lelaki memang tidak manis dan tidak sesuai. Tidak eloklah untuk sesiapa sahaja yang berstatus isteri.

Namun begitu, Neelofa berkata bahawa dia tetap akan bekerjasama dengan selebriti lelaki sekiranya ada individu lain yang turut diundang.

Jelas ibu kepada seorang cahaya mata ini lagi, dia bertindak demikian bukanlah ingin menutup mulut netizen namun lebih mahu menjaga maruah suami.

Keutamaan saya bukan fasal netizen tetapi lebih kepada tanggungjawab saya sebagai isteri dan juga maruah suami saya. Itu yang lebih saya pentingkan sebab netizen baik ke buruk dia orang akan cakap juga.

Sekadar info, Neelofa telah mendirikan rumah tangga bersama Haris Ismail ataupun PU Riz pada 27 Mac 2021 dan hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Muhammad Bilal yang kini berusia lapan bulan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

(FOTO) “Gebu Gebas” - Individu Sebar Wajah Bilal Di Tiktok, Ambil Gambar ‘Curi’ Ketika Di Kaunter Kerajaan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved