Nak ke F1, sekali tersangkut dalam lif KLIA2

4 Oct 2026 • 3:54 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Nak ke F1, sekali tersangkut dalam lif KLIA2

PETALING JAYA – Hasrat sekumpulan pengunjung untuk segera menuju ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi menyaksikan perlumbaan Formula Satu (F1) bertukar cemas apabila mereka dipercayai terkandas di dalam sebuah lif di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kejadian tersebut tular selepas seorang pengguna Threads, @chuckdanilhakim31 berkongsi rakaman menunjukkan beberapa individu cuba membantu penumpang keluar melalui pintu lif yang hanya terbuka sebahagian.

Berdasarkan rakaman itu, beberapa petugas turut dilihat berada di lokasi bagi membantu proses mengeluarkan individu yang terperangkap.

“Hari ketiga F1 Bahrain, hari perlumbaan. Semoga dipermudahkan segala urusan yang ‘terperangkap’ dalam lif dekat ERL Terminal KLIA 2. Dalam perjalanan ke F1,” tulisnya sambil memaklumkan terdapat ramai wanita dan warga emas di dalam lif ketika kejadian.

Perkongsian berkenaan meraih perhatian ramai termasuk seorang individu yang mendakwa merupakan antara penumpang terkandas di dalam lif berkenaan.

“Saya antara yang terkandas dalam lif ini. Memang trauma. Sudahlah tengah bergegas hendak ke SIC. Lepas ini memang saya akan ingat untuk tidak naik lif ini lagi,” katanya.

Seorang lagi pengguna yang mendakwa berada di dalam lif ketika kejadian berkata, keadaan ketika itu masih mempunyai ruang dan tidak terlalu sesak.

“Memang saya berada di dalam. Masih ada ruang dan tidak terlalu padat. Tiada juga bunyi penggera menunjukkan lif terlebih muatan,” katanya.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa lega selepas kesemua individu dipercayai berjaya dikeluarkan dengan selamat.

Ada juga yang berseloroh bahawa lif berkenaan mungkin ‘kepenatan’ susulan pertambahan jumlah pengguna sempena hujung minggu perlumbaan F1 di SIC.

“Lif pun penat agaknya,” komen seorang pengguna.

“Apa-apa pun yang penting semua selamat,” komen pengguna yang lain pula. – KOSMO! ONLINE

The post Nak ke F1, sekali tersangkut dalam lif KLIA2 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved