Nak kongsi rahsia? Gunalah ciri sekali paparan mesej suara WhatsApp

Digital
8 Dec 2023 • 2:00 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Terdahulu WhatsApp mengembalikan ciri sekali paparan pada desktop untuk foto dan video, kini platform pemesejan terkenal ini memperkenalkan fungsi yang sama untuk mesej suara pula.

Seperti mesej peribadi yang dilindungi dengan penyulitan hujung ke hujung secara lalai, ciri sekali paparan dikatakan sebagai salah satu lagi inovasi privasi berterusan daripada WhatsApp. 

Menggunakan fungsi sekali paparan mesej suara

Mesej suara ini akan ditanda dengan ikon '1' dan hanya boleh dimainkan sekali sahaja, sama seperti menghantar foto atau video dengan fungsi sekali paparan. Butang untuk menetapkan sekali paparan akan kelihatan sebaik sahaja anda merakam mesej suara.

Berikut adalah cara untuk menghantar mesej suara dengan fungsi sekali paparan:

  1. Buka sembang individu atau kumpulan.
  2. Klik ikon mikrofon.
  3. Leret ke atas untuk mengunci rakaman.
  4. Klik ikon sekali paparan, akan keluar notifikasi 'Voice message set to view once'‘.
  5. Klik ikon > apabila selesai rakaman.

Perlu diingatkan, anda perlu klik butang untuk menetapkan sekali paparan setiap kali ingin menghantar mesej suara. 

Jika tetapan membaca mesej (read receipts) didayakan pada WhatsApp penerima, anda akan dapat melihat mesej suara telah dibuka. Namun untuk sembang kumpulan, fungsi tersebut didayakan secara automatik.

image is not available

Fungsi sekali paparan ini dilancarkan secara global dan akan dapat digunakan oleh pengguna secara berperingkat. Melalui percubaan saya, fungsi sekali paparan untuk mesej suara boleh saya gunakan. Anda sudah boleh guna tak ciri baharu WhatsApp ini?

[Sumber: WhatsApp]

Bacaan berkaitan: