Nak Kurangkan Cukai Pendapatan 2025? Ini Cara Sah Yang LHDN Memang Benarkan

Personal Finance
20 Dec 2025 • 10:16 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Nak Kurangkan Cukai Pendapatan 2025? Ini Cara Sah Yang LHDN Memang Benarkan

Setiap daripada kita memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada kemajuan negara dan salah satu tanggungjawab itu dengan membayar cukai.

Ada benarnya hakikat tersebut. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, membayar cukai khususnya cukai pendapatan merupakan kewajiban yang perlu kita tunaikan.

Melalui kutipan cukai pendapatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri, kerajaan dapat melaksanakan pelbagai agenda pembangunan negara.

Antaranya termasuklah penyediaan infrastruktur awam yang penting seperti jalan raya, hospital dan sekolah, yang akhirnya memberi manfaat langsung kepada kita sebagai pembayar cukai.

Namun begitu, orang ramai tidak perlu khuatir kerana kerajaan turut prihatin terhadap beban yang ditanggung oleh rakyat.

image is not available
Gambar AI

Kerajaan menyediakan pelbagai inisiatif bagi membantu pembayar cukai mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar.

Pelepasan Taksiran Cukai Melalui Simpan SSPN

Salah satu kaedah sah bagi rakyat Malaysia mengurangkan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar adalah melalui simpanan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN), iaitu produk yang ditawarkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Sebagai pendeposit, apabila kita membuat simpanan dalam Simpan SSPN, kita layak menikmati pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000, bergantung pada jumlah simpanan bersih bagi tahun semasa.

Menariknya, inisiatif ini bukan sahaja terhad kepada taksiran tahun ini, malah ia boleh dinikmati oleh para pendeposit sehingga taksiran tahun 2027.

Keistimewaan Simpan SSPN

image is not available

Simpan SSPN menawarkan manfaat perlindungan takaful percuma kepada pendeposit serta Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak.

Simpan SSPN turut menawarkan dividen yang kompetitif, simpanan dijamin kerajaan dan patuh syariah. Secara tidak langsung menjadikan skim simpanan ini lebih selamat dan diyakini oleh rakyat Malaysia.

Pelepasan taksiran cukai juga diberikan sebagai galakan kepada ibu bapa untuk menyimpan dalam Simpan SSPN sebagai tabungan pendidikan anak-anak.

Atas sebab inilah Simpan SSPN menjadi pilihan utama ibu bapa sebagai medium simpanan pendidikan masa depan anak-anak.

Bijak pilih Simpan SSPN, demi masa depan pendidikan anak-anak

Salah seorangnya adalah Syed Nagib, 53, yang bijak memanfaatkan faedah pelepasan taksiran cukai pendapatan yang disediakan oleh kerajaan ini.

Memiliki kerjaya sebagai seorang pegawai bank, Syed Nagib yang sudah berkeluarga berkata, beliau memilih untuk menjadi pendeposit Simpan SSPN kerana skim itu merupakan salah satu instrumen pelaburan yang memberi pulangan yang berbaloi.

image is not available

Kenyataan Syed Nagib ada asasnya. Pada 2024, PTPTN mengumumkan kadar dividen untuk Simpan SSPN sebanyak 4.05 peratus, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

Selain itu, pelepasan taksiran cukai yang ditawarkan turut mendorong beliau menjadi pendeposit Simpan SSPN.

Mendapat maklumat tentang Simpan SSPN melalui rakan yang bertugas di LHDN, Syed Nagib berkata perlindungan takaful yang ditawarkan juga menarik minatnya untuk menjadi pendeposit.

Sebagai seorang ketua keluarga juga, beliau dapat membuat perancangan yang lebih teratur untuk masa depan pendidikan anak-anaknya.

Dengan menyimpan secara konsisten setiap setahun, beliau merancang untuk menggunakan simpanan yang terkumpul untuk membayar yuran pengajian universiti anaknya suatu hari nanti.

Bagi Syed Nagib, harapannya cuma satu iaitu PTPTN meneruskan inisiatif Simpan SSPN dan kerajaan terus memberikan pelepasan taksiran cukai kepada para pendepositnya.

Pada masa yang sama, beliau turut menggesa ibu bapa diluar sana agar segera menjadi pendeposit Simpan SSPN dan memanfaatkan skim ini sebaiknya.

Banyak manfaat, tidak tunggu lama untuk buka akaun Simpan SSPN

Begitu juga dengan Abdul Rahim Abdul Hamid, 40-an, yang memiliki matlamat yang sama apabila memilih untuk menjadi pendeposit Simpan SSPN.

Bekerja di sektor korporat, Abdul Rahim berkata beliau mendapat tahu mengenai Simpan SSPN melalui hebahan yang dibuat oleh PTPTN.

image is not available

Apabila sudah memahami sepenuhnya manfaat yang ditawarkan, beliau tidak menunggu lama untuk membuka akaun Simpan SSPN.

“Saya mula menyimpan melalui Simpan SSPN kerana saya ingin memastikan anak-anak mempunyai dana pendidikan yang mencukupi apabila tiba masanya.

“Saya melihat ia sebagai satu komitmen awal untuk mengurangkan beban kewangan pada masa hadapan,” katanya yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak yang sedang membesar.

Selain tertarik dengan geran sepadan yang ditawarkan, skim simpanan yang patuh syariah dan kemudahan menyimpan secara berperingkat, Abdul Rahim berkata pelepasan taksiran cukai juga antara pendorong beliau menjadi pendeposit Simpan SSPN.

Nilai jangka panjang dan kestabilan instrumen pelaburan ini turut mempengaruhi keputusan Abdul Rahim kerana Simpan SSPN membantu beliau menyediakan tabung pendidikan khusus tanpa perlu bercampur dengan simpanan lain.

“Ia memberi disiplin dan struktur yang jelas kepada perancangan kewangan keluarga,” katanya lagi.

Justeru, Abdul Rahim juga menasihati ibu bapa di luar sana agar segera menjadi pendeposit Simpan SSPN.

“Saya sarankan ibu bapa untuk mulakan awal, walaupun dengan amaun kecil. Konsistensi lebih penting daripada jumlah. Simpan SSPN ialah platform yang selamat, mudah dan praktikal untuk memastikan masa depan pendidikan anak lebih terjamin,” pesan Abdul Rahim.

Pelepasan taksiran cukai, dividen kompetitif dan jamin masa depan pendidikan anak-anak

Bagi Jack Lim Eu, 38, yang bekerja sebagai pakar perubatan di Sunway Medical Centre, pendidikan dan perancangan masa depan sentiasa menjadi keutamaan dirinya.

image is not available

“Secara jujurnya, pada mulanya saya tertarik dengan Simpan SSPN kerana insentif pelepasan
taksiran cukai yang ditawarkan.

“Namun selepas itu, apabila saya mula memahami skim ini dengan lebih mendalam, saya dapati ia sebenarnya satu platform simpanan yang sangat bermanfaat untuk masa depan anak-anak,” kata Jack.

Kongsi Jack lagi, beliau mula membentuk disiplin untuk menyimpan secara konsisten sejak membuka Simpan SSPN.

Manakala dana yang didepositkan tidak disentuh dan dibiarkan menjadi tabung pendidikan anak jangka panjang.

image is not available

Ia sekaligus mengurangkan risiko untuk ibu bapa menggunakan simpanan untuk tujuan lain, kerana Simpan SSPN memang dikhususkan untuk pendidikan anak-anak.

“Apa yang meyakinkan saya ialah pulangan dividen yang kompetitif. Selain itu, faktor keselamatan juga sangat penting bagi saya. Dengan ciri jaminan modal, saya tahu bahawa wang yang saya simpan adalah selamat dan tidak terjejas oleh risiko turun naik pasaran.

“Gabungan insentif cukai, dividen yang baik dan keselamatan modal inilah yang mendorong saya untuk terus menyimpan melalui Simpan SSPN sebagai persediaan pendidikan anak-anak saya,” katanya lagi.

Tambah Jack, beliau juga tertarik dengan Simpan SSPN kerana skim tersebut turut menawarkan perlindungan takaful, sekaligus memberikan ketenangan kepadanya sebagai pendeposit.

Kepada ibu bapa di luar sana, Jack menyarankan agar memulakan simpanan dengan Simpan SSPN seawal yang mungkin.

“Pendidikan semakin mahal, dan simpanan awal memberi banyak kelebihan.

“Simpan SSPN ini mudah, selamat dan banyak manfaat tambahan yang tidak terdapat dalam akaun simpanan biasa.

“Mulakan sekarang demi mengurangkan tekanan kewangan nanti dan memastikan anak-anak
mempunyai peluang terbaik dalam pendidikan mereka,” saran Jack.

Jadi, ayuh sama-sama kita sahut seruan Syed Nagib, Abdul Rahim dan Jack demi masa depan pendidikan anak masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web PTPTN atau muat turun aplikasi myPTPTN untuk perkhidmatan yang lebih mudah, cepat dan selamat.

Anda juga boleh mendapatkan info terkini menerusi laman Facebook, Instagram dan TikTok PTPTN.

*Tertakluk kepada terma & syarat oleh PTPTN

The post Nak Kurangkan Cukai Pendapatan 2025? Ini Cara Sah Yang LHDN Memang Benarkan appeared first on Siakap Keli.