‘Nak kurus demi GV, saya diet hardcore, tak makan seminggu’

Health & Fitness
23 Oct 2026 • 11:18 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Nak kurus demi GV, saya diet hardcore, tak makan seminggu’

PETALING JAYA – Menjadi antara peserta Gegar Vaganza musim ke-13 (GV13), penyanyi Shahir berjaya menurunkan berat badan sebanyak 12 kilogram (kg) dalam tempoh tiga minggu sebagai persiapan untuk bertanding.

Shahir atau nama lengkapnya Ahmad Shahir Zawawi, 38, menjelaskan  GV13 membuatkan dirinya lebih bersemangat menurunkan berat badan untuk tampil lebih berkeyakinan semasa persembahan.

“Persiapan saya menjelang nak masuk GV inii memang nak kuruskan badan. Sebelum ini saya sangat selesa dengan keadaan diri saya sebab tak ada buat persembahan.

“Saya selesa pakai baju jubah sampai tak sedar yang badan ini dah jadi besar. Bila berat cecah 100kg, mulalah rasa mengah.

“Jadi bagus juga ada GV ini membuatkan saya ‘push’ diri untuk kuruskan badan semula selain untuk jaga kesihatan juga,” katanya kepada Kosmo! Online.

Berkongsi lanjut, pelantun lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu mengamalkan kaedah diet yang agak ketat serta rutin senaman bagi memastikan penurunan berat badan yang pantas demi menghiburkan peminat.

“Saya diet agak ‘hardcore’ juga, saya tak makan seminggu kemudian saya joging.

“Ada juga saya makan sehari selepas itu, saya sambung tiga hari tak makan.

Kalau siapa yang pernah melihat saya dulu, saya macam yo-yo. Kalau kata saja-saja nak kurus, taklah tapi bila ada macam tuntutan kerja ini, saya ‘push’ diri,” ujarnya.

Selain Shahir, peserta lain yang turut menyertai program popular tersebut ialah Vince, Zahid, Mawi, Mila Jirin dan Stacy.

Sementara itu penyanyi lain yang turut terlibat ialah Faizul dan Firman.

Bakal bermula pada 9 November depan, GV13 menggandingkan pelawak dan pengacara Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Al Hadad sebagai hos sementara Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Shafinaz Selamat bertindak sebagai juri. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Nak kurus demi GV, saya diet hardcore, tak makan seminggu’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved