Nak Langsai Hutang Rakan Punca Adik Ipar Dir*gol Bergilir-Gilir – “Pesan Jangan Kunci Pintu”

6 Sep 2023 • 11:38 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Seorang lelaki yang merupakan abang ipar mangsa rogol bergilir-gilir di sebuah rumah di Wangsa Maju akhirnya ditahan polis Sabtu lalu.

Suspek berusia 29 tahun itu ditahan reman selama enam hari untuk membantu siasatan. Lapor Buletin TV3, suspek mahu melangsaikan hutang rakan dipercayai menjadi punca adik iparnya dirogol 5 lelaki.

image is not available

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, abang ipar mangsa telah berhutang dengan salah seorang suspek rogol yang masih bebas.

Abang ipar juga ada menghubungi mangsa sebelum kejadian berpesan supaya pintu rumah tidak dikunci. Pada jam 3.30 pagi hari kejadian, mangsa berusia 27 tahun tersedar daripada tidur apabila mulutnya ditutup dengan tangan oleh suspek.

Mangsa juga telah diikat tangan serta mulut dilekat pita pelekat oleh suspek yang dipercayai rakan abang iparnya. Mangsa kemudian dirogol secara bergilir-gilir dan perbuatan terkutuk itu turut dirakam.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.