Nak Mansuh Tol Sukar Sebab Perlukan RM400 Bilion

LocalPolitics
23 Nov 2026 • 10:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Nak Mansuh Tol Sukar Sebab Perlukan RM400 Bilion

image.png

Kerajaan memerlukan anggaran kos sebanyak RM400 bilion bagi mengambil alih kesemua 34 lebuh raya bertol di Malaysia sekiranya berhasrat memansuhkan kutipan tol sepenuhnya. Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, semasa sesi perbahasan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.

Jumlah besar tersebut mencerminkan komitmen kewangan tinggi yang perlu ditanggung negara, memandangkan kesemua lebuh raya berkenaan kini dikendalikan oleh 28 syarikat konsesi berbeza.

Kos Mansuh Tol Hampir Menyamai Bajet Tahunan Negaraimage.png

Menurut Ahmad Maslan, angka RM400 bilion itu diperoleh berdasarkan penilaian dan anggaran awal yang dikemukakan oleh pegawai Kementerian Kerja Raya (KKR). Beliau membandingkan kos pemansuhan tol tersebut dengan cadangan penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dianggarkan menelan belanja sekitar RM70 bilion.

"Saya ada bertanya kepada pegawai, kita nak mansuhkan tol ini boleh atau tidak?

"Terdapat 34 lebuh raya bertol di Malaysia yang dikendalikan oleh 28 syarikat konsesi.

"Berdasarkan anggaran awal pegawai, jika mansuh PTPTN, kerajaan memerlukan kira-kira RM70 bilion untuk bayar, tetapi pemansuhan tol pula memerlukan sekitar RM400 bilion," katanya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa nilai berkenaan masih bersifat anggaran kasar. Jumlah sebenar pampasan atau kos pengambilalihan tertakluk kepada perjanjian konsesi semasa serta rundingan terperinci sekiranya kerajaan benar-benar mahu melaksanakannya.

"Kerajaan ada duit untuk mengambil alih semua 34 lebuh raya bertol? Jumlah itu lebih kurang bajet tahunan negara," katanya.

Sumber Berita Harian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved