‘Nak masuk pertandingan kena tahan mental, fizikal’

Music
24 Oct 2026 • 12:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Nak masuk pertandingan kena tahan mental, fizikal’

PETALING JAYA – Penyanyi Shila Amzah menyifatkan penyertaan pertandingan muzik sebagai pentas terbaik untuk seseorang artis mencabar keupayaan diri selain meneroka potensi baharu dalam diri.

Nurshahila Amir Amzah, 36, bagaimanapun berkata, para peserta tidak akan terlepas daripada dibebani tekanan kerja dan kesuntukan masa untuk memberi persembahan yang hebat.

“Setiap kali masuk pertandingan, kita akan jumpa benda baru fasal diri sendiri.

“Apa yang sebelum ini kita sangka kita tak boleh buat, tiba-tiba kita boleh sebab bekerja di bawah tekanan dan kita memang nak hasilkan persembahan yang terbaik,” katanya dalam Threads.

Dia turut menjelaskan setiap individu harus bersedia secara fizikal dan mental jika mahu menjadi anak seni yang cemerlang.

“Siapa yang masuk pertandingan pastikan ada ketahanan mental and fizikal. Jangan ponteng bersenam untuk stamina dan buat otak kita lebih cerdas.

“Nanti nak ingat lirik, susunan muzik baru dan koreografi dalam masa cuma beberapa hari bukannya mudah,” ujarnya.

Mengimbas kembali pengalaman awalnya sewaktu menyertai program One In A Million (OIAM), Shila akui cabaran industri muzik dahulu jauh berbeza berbanding kemudahan teknologi di hujung jari hari ini.

“Tak kira berapa pun umur kita, ilmu pada zaman sekarang ini cuma di hujung jari.

“Dulu ketika saya sertai One In A Million, lagu kena potong sendiri, cari rujukan pun susah, nasib ketika itu memang sangat minat dan dapat pula pengarah muzik, Aubrey Suwito memang satu kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan,” ujarnya.

Baginya, kepuasan sebenar seorang penyanyi adalah apabila dapat memberi persembahan terbaik tanpa meletakkan faktor kemenangan sebagai sasaran utama.

“Setiap kali berada di fasa penghujung persembahan, memang selalu rasa puas hati apabila dapat buat persembahan sehabis baik, hasil memang tak akan menipu usaha sendiri.

“Yang membezakan kita dengan peserta lain bukan sekadar bakat tapi usaha kita untuk mencantikkan lagu dan kreativiti di atas pentas,” tuturnya. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Nak masuk pertandingan kena tahan mental, fizikal’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved