Saya sangat bertuah Tun Dr Siti Hasmah sudi hadir majlis pelancaran album pertama saya – Shila Amzah

LocalEntertainment
28 Sep 2026 • 5:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Saya sangat bertuah Tun Dr Siti Hasmah sudi hadir majlis pelancaran album pertama saya – Shila Amzah

PETALING JAYA: Turut mengenang momen manis bersama Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, penyanyi, Shila Amzah menyifatkan isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu sebagai seorang tokoh yang lemah lembut dan baik hati.

Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah turut menyifatkan dirinya bertuah apabila Allahyarhamah pernah hadir pada majlis pelancaran album pertamanya pada 1999.

“Innalillahiwainnailaihirojiun atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. Saya masih ingat betapa lemah lembut dan baiknya hati Allahyarhamah.

“Saya sangat bertuah beliau sudi hadir majlis pelancaran album pertama saya pada tahun 1999. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat,” katanya di Instagram.

Penyanyi lagu Patah Seribu itu mengimbau kenangan tersebut selepas menerima berita pemergiannya pagi tadi, selain turut berkongsi beberapa keping
foto lama dirinya bersama Allahyarhamah ketika majlis berkenaan.

Tun Dr. Siti Hasmah meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi hari ini di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada usia 100 tahun. Berita pemergian Allahyarhamah disahkan oleh anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Difahamkan, Allahyarhamah telah dibawa ke Masjid As Syarif Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan bagi proses pengurusan jenazah dan solat dasebelum dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya selepas Asar.

The post Saya sangat bertuah Tun Dr Siti Hasmah sudi hadir majlis pelancaran album pertama saya – Shila Amzah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved