“Nak Mati, Matilah Sorang” – YouTuber Thailand Galakkan Orang Makan Sup Kelawar Dikecam Netizen

10 Nov 2022 • 3:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang pensohor YouTube di Thailand telah menjadi bahan kecaman netizen di negara itu apabila dia telah memuat naik video sedang menikmati sup kelawar, lapor Kosmo Online.

Dia juga menggalakkan orang ramai agar memakannya kerana rasanya yang enak dan sedap.

Video tersebut telah dilancarkan di saluran YouTube miliknya iaitu Gin Zap Bep Nua Nua (makan pedas dan sedap) dan wanita itu dirakam mengoyak daging kelawar yang dimasak bersama sup tomato ceri sebelum dicicah ke dalam sos yang dipanggil Nam Jin.

Malah, wanita itu mengatakan bahawa rasa kelawar itu sama enak seperti daging tikus.

Dia juga mengunyah daging kelawar tersebut sambil berkata ia sangat lembut dan mempunyai gigi.

Video tersebut telah mendapat perhatian seorang profesor daripada Fakulti Perubatan di Universiti Chulalongkorn, Teerawat Hemajuta.

image is not available

Katanya, seseorang itu tidak boleh mengambil mudah risiko dengan binatang itu kerana ia mempunyai patogen yang boleh membuatkan manusia sakit teruk sekaligus mencetuskan satu lagi wabak baru.

Netizen yang melihatnya turut memberikan kritikan dan menganggap perbuatan itu sebagai satu yang boleh merisikokan kehidupan orang lain.

“Jika anda mati, matilah seorang diri. Tiada siapa yang akan menyalahkan anda. Tetapi anda akan dikutuk jika memulakan wabak.” tulis seorang netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 jam lalu

"Penat Balik Kerja, Kena Hadap Benda Macam Ni" - Netizen Luah Pengalaman Isu LRT, Ada Yang Kena Samun!