“Nak Mula Hidup Baru” – 10 Bulan Dalam Tahanan, Penyanyi Bea Sobar Bea Akhirnya Dilepaskan

LocalEntertainment
6 Aug 2025 • 3:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi lagu popular Bea Sobar Bea, Eda Ezrin, akhirnya dibebaskan sepenuhnya daripada tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat pada Rabu. Pembebasan itu dibuat selepas mahkamah menolak permohonan pihak pendakwa raya untuk melanjutkan tempoh rayuan terhadap keputusan sebelum ini.

Turut dibebaskan ialah suami Eda, Mohd Affendi, dan empat rakan mereka yang sebelum ini ditahan bersama. Mereka sebelum ini terlibat dalam kes berkaitan dadah apabila ditahan bersama 6,000 biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Thailand, pada 1 November tahun lalu.

image is not available

Mahkamah telah membebaskan mereka daripada tuduhan pada Mac lalu, namun mereka masih dipenjara beberapa bulan selepas itu kerana menunggu kemungkinan rayuan. Kini, setelah mahkamah menolak rayuan tersebut, Eda dan rakan-rakan bebas sepenuhnya daripada segala pertuduhan.

Eda pernah reda beraya di sebalik tirai besi dan kini mengharapkan lembaran baharu dalam hidupnya.

image is not available 2025-08-02 17:34:15

Penjara Narathiwat Nafi Eda Ezrin Fail Fasakh, Jumpa Suami Setiap Rabu Selama 20 Minit