
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Kemajuan teknologi di masa kini membuatkan kehidupan seseorang menjadi lebih mudah.
Zaman dahulu jika ingin membeli barangan, seseorang perlu ke kedai untuk memilih dan membuat bayaran.
Namun kini dunia hanya di hujung jari, semuanya boleh dibeli menerusi dalam talian dan transaksi juga boleh dilakukan dengan segera.
Penghantar kurier mengeluh pelanggan beli barang berat 60 kg terpaksa angkat naik tangga
Baru-baru ini seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar barangan telah menjadi perhatian ramai apabila meminta pelanggan untuk berfikir terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembelian.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @ehsopek di TikTok, kelihatan dua lelaki sedang menaiki tangga di sebuah kediaman rumah seperti apartmen atau flat membawa satu barangan yang panjang.
Dalam video berkenaan kelihatan barangan yang dibawa agak panjang dan berat dan perlu menggunakan tangga untuk dihantar ke tingkat dua.
Di ruangan kapsyen, abang kurier berkenaan meminta agar orang ramai yang membeli barangan berat secara atas talian untuk berfikir terlebih dahulu. Ini kerana mereka yang menghantar parcel tersebut mungkin mempunyai kesukaran untuk mengangkatnya.
“Nak order barang kasi berakal sikit, kesian dekat rider (penghantar barangan) nak angkat berat 60 kilogram. Nak menghantar rumah flat tingkat 2. Mau bengkok rider kalau sorang-sorang,” ujarnya.
@ehsopek Nak order barang kasi berakal sikit , kesian dekat rider nak angkat berat 60kg. Nak menghantar rumah flat tingkat 2… mau bengkok rider kalau sorang ii
♬ original sound – shfq – shfq#foryoupage #jntexpress #courier
Luahan penghantar barangan undang pelbagai reaksi
Luahannya itu kemudiannya mendapat pelbagai reaksi di kalangan orang ramai di ruangan komen.
Ada yang berpendapat adakah ia salah pelanggan walhal mereka dikenakan caj penghantaran mengikut berat barangan terbabit.
Turut tidak ketinggalan ada yang berasa bimbang untuk membeli barangan berat kerana bimbang akan menyusahkan penghantar barangan.
Malah ada yang mengatakan mereka membatalkan niat untuk membeli barangan berat selepas melihat kesusahan penghantar untuk membawa barangan tersebut.
Tidak kurang ada yang berpendapat pelanggan tidak wajar disalahkan dan ada yang bertanya mengapa lelaki tersebut tidak menolak untuk menghantar barangan terbabit.
Ada yang faham kenapa penghantar kurier mengeluh
Dalam ruangan komen sama, ada juga yang memahami luahan berkenaan kerana pernah berdepan dengan situasi sama dan mengakui ia sangat memenatkan apatah lagi jika barangan terbabit perlu dibawa menaiki tangga.
Ada segelintir pengguna yang memaklumkan mereka akan menunggu penghantar barangan untuk sama-sama membawa barangan tersebut kerana tahu item yang dibeli adalah berat.
Selain itu ada yang memberikan duit sebagai balasan kerana telah bersusah payah menghantar dan mengangkat barangan berat yang dipesan.
“Salah pelanggan ke? Kita pesan pun bayar postage barang berat bukan RM4.90 wei. Puluh-puluh ringgit juga tau”

“Kalau aku duduk rumah macam ni dan sendiri dah tahu barang tu besar dan berat. Aku sanggup turut dekat rider dan tolong dia bawa barang ke atas sebab aku tahu barang tu mesti berat kalau angkat sorang..”

“Baru nak order peti besi. Hmm cancel lah. Kesian rider. Dah lah tak ada gaji, komisen pun tak dapat. Makan tak tentu, kesian sangat-sangat. Nasib sempat saya tengok video ni..”

“Jenuh lah nak beli barang kena fikir perasaan kurier. Baik tak payah buat sistem shopping online”

“Relax bang, dulu masa layan kurier dulu, dah rasa semua ni. Perit bang hantar peti sejuk naik tingkat 4. Adjust dengan pemilik minta suami dia tolong. Katanya suami dia tak ada. Elok sampai depan pintu, elok je suami dia sambut..”


