“Nak Part 2 Kena Kutip Please” – Netizen Kritik Lelaki Main Papan Luncur Sambil Baring Di Jalan Raya

9 Sep 2024 • 1:09 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
papan luncur

Tular di media sosial perkongsian pengguna TikTok menunjukkan seorang lelaki bermain papan luncur di jalan raya.

Aksi bahaya itu mengundang kecaman memandangkan jalan raya turut dipenuhi kenderaan yang lain. Walaupun memakai sut keselamatan dan helmet, netizen berkata ianya boleh mengancam nyawa.

image is not available
Tonton video penuh: TikTok @shahmichaell

image is not available
Tonton video penuh: TikTok @puza3077

Meninjau ke TikTok, terdapat dua video viral memaparkan aksi berani tersebut. Salah satu kejadian dilaporkan berlaku di jalan raya di Jalan Tun Sardon, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal memandang serius aktiviti yang dilakukan individu dan akan mengambil tindakan tegas.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 3 (1) kaedah-kaedah kawalan lalu lintas jalan (larangan penggunaan kenderaan mikromobiliti) 2021.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Astro Awani | TikTok @shahmichaell | TikTok @puza3077