Nak Pasangan Buat Lamaran Romantik Dengan ‘Drone Show’? Fazley Pesan Kena Rajin Gelak Macam DSV - “Tak Kisah Mengilai Asalkan…”

14 Nov 2026 • 2:04 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Nak Pasangan Buat Lamaran Romantik Dengan ‘Drone Show’? Fazley Pesan Kena Rajin Gelak Macam DSV - “Tak Kisah Mengilai Asalkan…”

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob secara berseloroh berkongsi pesanan buat golongan lelaki yang mahu menggembirakan pasangan masing-masing dengan lamaran romantis seperti persembahan dron.Menerusi perkongsian di Threads, Fazley mencadangkan agar kaum lelaki bertanya terlebih dahulu kepada pasangan sama ada mereka turut menginginkan persembahan dron sama seperti yang diberikan olehnya kepada Datuk Seri Vida (DSV).Bagaimanapun, Fazley secara berseloroh mengatakan pasangan yang mahukan pertunjukkan itu juga seharusnya memiliki sifat dan keperibadian seperti Vida.“Pesanan buat para lelaki (Bf, tunang or suami), cuba tanya pasangan, kalau betul diorang nak dron show jugak, diorang kena lah jadi macam DSV.“Penyayang, penyabar, manja, cantik bila bermake up dan cantik juga bila buang make up, pandai ambil hati, pandai bancuh sambal budu, rajin gelak (tak kisah lah mengilai sekali pun asalkan membahagiakan),” kongsinya.Terdahulu, Fazley mencuri perhatian ramai apabila melamar DSV ketika 11.11 Mega Stock Live Concert. Bagi melengkapkan lamaran tersebut, Fazley memilih sebentuk cincin bernilai RM7,000 hasil ciptaan Habib Jewel yang direka khas menyerupai tiara, diinspirasikan daripada kegemaran DSV memakai mahkota atau crown. Malah, Fazley menyediakan 1,200 dron bagi mencantikkan lagi momen lamarannya terhadap DSV.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved