‘Nak pasangan ‘green forest’, kena jadi ‘green’ juga’

26 Oct 2026 • 4:26 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Nak pasangan ‘green forest’, kena jadi ‘green’ juga’

PETALING JAYA – Pelakon Nad Zainal menasihati golongan wanita yang mengimpikan pasangan sempurna agar memperbaiki kekurangan diri terlebih dahulu sebelum meletakkan kriteria yang tinggi dalam mencari calon suami.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 36, berkata, perkara itu disuarakannya selepas melihat trend luahan golongan muda di media sosial yang enggan mendirikan rumah tangga dengan alasan tidak bertemu lelaki berkeperibadian baik.

“Kadang-kadang kita berdoa setiap hari (nak pasangan), mungkin Allah SWT lambat nak perkenankan. Jadi bagi saya, kita kena terus positif.

“Saya kongsi perkara ini kerana dalam Threads ramai kongsi tak nak kahwin sebab tak ada lelaki ‘green forest’ dan baik.

“Ada lelaki begitu tetapi kalian pun kena muhasabah diri,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.

Dia turut menegaskan kedua-dua pihak perlu berusaha memperbaiki diri bersama-sama sekiranya mahu memastikan hubungan kekal.

“Kalian pun perlu sama-sama ‘green’ dengan lelaki yang anda nak ‘green’ itu.

“Kalau kalian pun acah-acah, tak cukup ‘green’ lagi, tak bolehlah nak harapkan lelaki ‘green forest’ datang kepada kalian.

“Jadi kita sama-sama kena berubah,” katanya lagi.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu juga turut mengingatkan bahawa sikap pasangan ketika bercinta tidak mencerminkan realiti sebenar selepas berkahwin.

“Carilah pasangan yang tepat sebab bercinta dengan perkahwinan itu berbeza. Mungkin waktu bercinta nampak dia ‘green flag’ tetapi selepas itu tidak.

“Jadi kena cari yang ‘husband material’, kena tengok lelaki yang memang pentingkan keluarga (family-oriented) dan perlu tahu juga di mana pasangan itu nak cari di mana.

“Kalau cari di kelab malam, tak dapatlah ‘green forest'” jelasnya.

Terdahulu, Nad berkongsi sebuah video yang memaparkan suaminya, Ungku Ismail menangis berharap dia segera sembuh ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat komplikasi kesihatan sekitar November hingga Disember 2022.

Nad mengakui terharu kerana Ungku Ismail yang dikenalinya sebelum ini seorang yang sukar menzahirkan perasaan. – HIBGLAM

The post ‘Nak pasangan ‘green forest’, kena jadi ‘green’ juga’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved