'Nak pergi sekolah...' - Remaja 14 tahun bawa motosikal dibonceng 3 adik & sepupu parah dalam nahas di Machang, ini kronologi kemalangan

Local
11 May 2026 • 5:56 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Nak pergi sekolah...' - Remaja 14 tahun bawa motosikal dibonceng 3 adik & sepupu parah dalam nahas di Machang, ini kronologi kemalangan
Foto: Bernama

TULAR di laman sosial video berdurasi 29 saat memaparkan kemalangan membabitkan pelajar sekolah meruntun hati warganet.

Memetik Bernama, kemalangan melibatkan empat sekeluarga yang merupakan pelajar di dua buah sekolah di Machang, Kelantan cedera dalam satu kemalangan yang berlaku kira-kira 8.01 pagi Isnin.

Berikut kronologi kejadian yang dikongsikan kakak mangsa, Mas Asmah Rosli, 19 dan Ketua Polis Daerah Machang, Supt Azuhar Md Nor yang telah dihubungi Bernama:

1-Kemalangan berkenaan melibatkan adik kepada Mas Asmah iaitu  Mohd Muskir Rosli, 14, dan Mas Siti Rosnani Rosli, 7, dan anak saudaranya, Mohd Hakikat Ab Rahman, 9, dan Mohd Zulhaqif Mohd Zulkifli, 12 dengan sebuah kereta  sewaktu mereka ingin pergi ke sekolah.

Image from: 'Nak pergi sekolah...' - Remaja 14 tahun bawa motosikal dibonceng 3 adik & sepupu parah dalam nahas di Machang, ini kronologi kemalangan

2-Motosikal berkenaan dari arah Kuala Krai ke Machang telah membelok ke kanan secara tiba-tiba untuk masuk ke simpang di sebelah kanan jalan.

3-Motosikal tersebut telah melanggar bahagian hadapan sisi sebelah kanan sebuah kereta jenis Honda Jazz yang ketika itu sedang melalui laluan sah dari arah Machang ke Kuala Krai berhampiran SMK Seri Intan.

4-Akibat perlanggaran tersebut, pemandu Honda Jazz dan penumpangnya tidak mengalami kecederaan, manakala penunggang serta pembonceng motosikal yang merupakan pelajar terbabit mengalami kecederaan parah.

Image from: 'Nak pergi sekolah...' - Remaja 14 tahun bawa motosikal dibonceng 3 adik & sepupu parah dalam nahas di Machang, ini kronologi kemalangan
Foto: Bernama

5-Mohd Muskir yang menunggang motosikal jenis Honda C100 dan Mas Siti Rosnani berada dalam keadaan kritikal kerana mengalami cedera parah pada bahagian paha.

6-Sementara itu, Mohd Hakikat dan Mohd Zulhaqif juga mengalami cedera parah pada bahagian yang sama.

7-Keempat-empat mereka ketika ini sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai.

8- Mas Asmah mendedahkan, jarak rumah mereka di Kampung Berangan Mek Nab dengan Sekolah Kebangsaan Kampung Pek dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan adalah enam kilometer.

9-Kes itu disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Azuhar meminta orang ramai yang melihat atau mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan dan boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Machang di talian 09-9751222. - Bernama

 

 

View Original Article