“Nak persoal tidak mengapa, jangan fitnah” – Anwar Jawab Isu Pakai Kasut RM5,500 Sepasang

Politics
30 Nov 2022 • 9:26 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semenjak Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10, banyak perubahan yang dilihat ingin dibawanya ke dalam sektor kerajaan.

Antaranya apabila beliau menolak untuk menggunakan kereta jenis Mercedes s600 yang dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum beliau memasuki pejabat.

image is not available

Menurut Anwar, langkah berkenaan diambil kerana beliau tak mahu sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atasnya.

Saya ingin memaklumkan bahawa semalam saya telah menolak untuk menggunakan sebuah kenderaan jenis Mercedes S600 yang telah dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum saya memasuki pejabat.

“Langkah tersebut diambil kerana saya tidak mahukan sebarang perbelanjaan baru dibuat ke atas saya

“Sebaliknya, saya telah membuat keputusan untuk menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat untuk kegunaan harian,” jelasnya.

Tak pakai kereta Mercedes tapi pakai kasut bernilai RM5,500?

Pun begitu, muncul pula satu khabar angin baharu yang mengatakan Perdana Menteri telah dilihat memakai sepasang sepatu berjenama Louis Vuitton yang bernilai RM5,500.

Menerusi tweet yang tular di Twitter, akaun berkenaan menyindir PM dengan mengatakan meskipun beliau menolak memakai Mercedes, beliau tetap berbelanja lebih kerana memakai kasut berjenama mahal.

Walau bagaimanapun, isu itu pantas disangkal Anwar sendiri menerusi Twitter yang mengatakan kasut berkenaan sebenarnya pemberian Tuanku Sultan Johor pada dua tahun lepas.

Beliau juga meminta pihak berkenaan untuk berhenti memfitnahnya dengan hal sedemikian.

Penjelasan daripada PM ternyata memberi kelegaan kepada para penyokongnya dan rata-rata netizen juga berharap isu tersebut tidak dipanjangkan kerana bimbang ia akan merosakan reputasi Perdana Menteri berkenaan.

Tak baik gais fitnah-fitnah ni…. Siasat dulu sebelum kongsi.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.