
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Kebelakangan ini, isu mengenai Palestin kembali hangat menjadi tumpuan ramai susulan ratusan aktivis misi Global Sumud Flotilla (GSF) termasuk 23 rakyat Malaysia telah ditahan oleh pihak berkuasa Israel.
Kesemua mereka ditangkap selepas kapal-kapal yang dinaiki membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza telah dipintas oleh tentera Israel di perairan antarabangsa pada minggu lalu sebelum sebahagian aktivis dibebaskan secara berperingkat.
Isu mengenai GSF telah membuka mata dunia terhadap kekejaman yang dilakukan oleh rejim zionis sehingga protes besar-besaran telah berlaku di merata negara termasuk di Eropah.
Tular kereta tampal sticker tulisan Hebrew
Terbaharu, tular pula di media sosial satu video yang memaparkan sebuah kereta di Malaysia mempunyai pelekat yang tertera tulisan di dalam bahasa Hebrew.
Menerus hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @manapmoskori, kelihatan sticker dengan tulisan Hebrew itu ditampal di sebuah kereta jenis pickup 4×4 bernombor plat negeri Melaka.
Menurut pemilik akaun, video tersebut diambil semasa dia berada di sebuah jalan raya di Melaka ketika menuju pulang ke rumah.
“Malaysia adalah rumah kami” maksud tulisan itu
Lebih mengejutkan, terjemahan tulisan itu yang dijelaskan oleh aplikasi kecerdasan buatan (AI), ChatGPT adalah ‘Malaysia rumah kami’ atau ‘Malaysia adalah rumah kami’.
Malah, GhatGPT juga mengesahkan bahawa tulisan pada pelekat berkenaan sememangnya bahasa Hebrew atau Ibrani.
“Aku ternampak sesuatu petang tadi, masa dalam perjalanan nak balik rumah. Di Melaka tau, bukan Kuala Lumpur. Bahasa itu nampak pelik, (bahasa) Israel punya kan? ChatGPT pun sahkan.
“Provokasi? Tak akan nak buat bergurau kan?” tulisnya di kapsyen.
@manapmoskori Aku ternampak sesuatu petang tadi, on the way nak balik rumah. Dekat Melaka k, bukan KL. Word / bahasa tu nampak pelik. Isewel punya kan? Chatgpt pun validate it is. Provocation? 82oo? Takkan nak buat bergurau kan? #melaka #isewell ♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo
Netizen beri pelbagai reaksi, minta pihak berkuasa siasat
Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial selepas melihat video terbabit.
Kebanyakan pengguna TikTok mempersoal tujuan dan motif pemilik kereta berkenaan menampal pelekat terbabit.
Tidak kurang juga yang meminta agar pihak berkuasa menyiasat perkara berkenaan agar ia tidak terus menjadi-jadi di Malaysia.
Perkara berkaitan Israel sememangnya mendapat perhatian rakyat memandangkan negara kita lantang bersuara mengecam kekejaman rejim zionis itu dan Malaysia tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara.




