Nak Rai Sepanyol Juara Dunia Tapi Tengah Azan, Gelagat Peminat Buat ‘Sorakan Senyap’ Raih Pujian [Video]

20 Jul 2026 • 2:39 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Azan merupakan seruan memanggil seluruh umat Islam untuk menunaikan solat fardu lima kali sehari yang wajib dilakukan oleh semua. Malah individu yang mendengarnya disarankan untuk menghormati azan dengan mendiamkan diri dan hanya menjawab panggilan azan atau iqamat.

Gelagat penyokong Sepanyol raikan kemenangan di restoran

Baru-baru ini gelagat beberapa penyokong bola sepak Sepanyol di sebuah restoran telah menarik perhatian apabila mereka meraikan kemenangan dengan ‘sopan’ sewaktu ‘La Roja’ menjulang Piala Dunia 2026.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Aliff Khir di Threads, awalnya kelihatan mereka berada di restoran Azhaar Maju di Senawang, Negeri Sembilan bagi menyaksikan Perlawanan Akhir Piala Dunia 2026 (FIFA World Cup) di antara Sepanyol dan Argentina.

Hanya buat gaya untuk sorak kemenangan tanpa suara kerana mahu hormati azan

Namun apa yang menjadi perhatian, mereka dipercayai penyokong Sepanyol dilihat meraikan kemenangan dengan hanya melakukan gaya sorakan dan cuba menahan diri daripada menjerit mahupun ketawa dengan kuat.

Ini kerana, sewaktu meraikan kemenangan tersebut turut kedengaran azan subuh berkumandang. Bahkan mereka dilihat menutup mulut dan hanya membuat gaya tangan seperti puas kemenangan akhirnya berpihak kepada Sepanyol dan sekali gus dinobatkan sebagai juara.

“Nak raikan kemenangan Spain (Sepanyol) tapi azan,” ujarnya.

View on Threads

Ramai puji cara raikan kemenangan sambil hormati azan berkumandang

Menjengah ke ruangan komen, gelagat dan cara mereka meraikan kemenangan tersebut namun dalam masa mahu menghormati azan dipuji oleh orang ramai.

Bahkan ada yang mengatakan ia adalah contoh yang baik boleh diikuti oleh anak-anak muda khususnya remaja. Ini kerana, mungkin ada segelintir yang tidak menghormati azan lalu.

Tidak kurang ada yang berkongsi pengalaman mereka dengan mengatakan mereka juga turut melakukan hal sama dan ada yang mengatakan hanya mampu menepuk tangan sambil menjawab azan terbabit.

Ada juga yang berkongsi rakaman memaparkan penyokong yang duduk di hadapan Aliff selepas azan berkumandang di mana akhirnya mereka menjerit ‘Woo!’

View on Threads

Berikut adalah komen netizen:

“Bagusnya, ini contoh yang baik dan patut diikuti oleh remaja lain. Kadang, ada je yang tidak menghormati azan.”

Image from: Nak Rai Sepanyol Juara Dunia Tapi Tengah Azan, Gelagat Peminat Buat ‘Sorakan Senyap’ Raih Pujian [Video]

“Allhamdulillah. Sangat beradab walaupun dalam hiburan tetap beradab. Syabas bro. Semoga lebih banyak keberkatan yang melimpah pada awak”

Image from: Nak Rai Sepanyol Juara Dunia Tapi Tengah Azan, Gelagat Peminat Buat ‘Sorakan Senyap’ Raih Pujian [Video]

“Bagus masih hormat azan”

Image from: Nak Rai Sepanyol Juara Dunia Tapi Tengah Azan, Gelagat Peminat Buat ‘Sorakan Senyap’ Raih Pujian [Video]
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved