“Nak sama dengan gaji pekerja” – Pelajar ‘Intern’ Minta Elaun Sebanyak RM3,000 Dengan Pelbagai Insentif

Entertainment
17 Nov 2023 • 5:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setiap bakal graduan kebiasaannya akan menjalani latihan praktikal atau internship sebelum menamatkan pengajian sebagai persediaan penting sebelum masuk ke alam pekerjaan.

Sepanjang tempoh latihan praktikal, pelajar juga diberi elaun mengikut budi bicara syarikat tersebut.

Selalunya, kita sering dengar isu syarikat yang tidak membayar elaun kepada pelatih industri. Namun, berlainan pula dengan kes kali ini apabila seorang pelajar membuat permintaan tidak masuk akal ketika mencari tempat intern.

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh syarikat pereka grafik di Facebook, dipaparkan tangkap layar e-mel daripada seorang pelajar yang berminat untuk melakukan latihan industri bersama syarikat tersebut.

Dalam e-mel terbabit, pelajar berkenaan menyenaraikan beberapa permintaan khas sebelum memohon masuk ke syarikat tersebut.


Pelajar itu ingin mengetahui sama ada syarikat tersebut menawarkan insentif penginapan, pengangkutan, makanan, bonus prestasi dan juga eluan lebih daripada RM3,000 sebelum memohon.

“Tolong jangan… tapi kami doakan yang terbaik buat kamu”, tulis wakil syarikat itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tergamam melihat permintaan pelajar tersebut yang disifatkan tidak berpijak di bumi yang nyata.

Namun ada yang menyatakan berkemungkinan pelajar terbabit begitu berani membuat permintaan sebegitu kerana terdapat syarikat-syarikat besar yang sudi membayar elaun tinggi.

image is not available image is not available image is not available

Hantaran itu telah meraih perhatian ramai dengan menerima lebih 4,000 tanda suka dan 3,000 perkongsian dalam masa sehari.

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article