“Nak samun sangat” – [VIDEO] Pemandu Mercedes Sanggup Korbankan Kereta Demi Kejar Peragut

Entertainment
12 May 2023 • 6:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semua yang memiliki kereta dengan hasil titik peluh sendiri pastinya menganggap kereta itu umpama harta yang tidak ternilai.

Namun, ada kalanya apabila berdepan dengan situasi yang tidak dijangka seperti berhadapan dengan peragut, apa yang korang akan buat?

Seperti video tular ini, seorang pemandu kereta mewah dikatakan sanggup mengorbankan keretanya semata-mata untuk mengejar suspek yang cuba melarikan diri menggunakan motosikal selepas meragut seorang wanita.

Menerusi video yang dimuat naik dari aplikasi TikTok, dapat dilihat motosikal milik peragut terperosok di bawah bumper kereta model Mercedes berwarna hitam.

Dalam video itu, kedengaran suara seorang lelaki yang dipercayai pemilik Mercedes menerangkan situasi tersebut.

“Nak samun sangat, takkan kereta saya saja nak langgar. Nak ragut sangat, kena dulu baru nak mengaku,” kata si perakam sambil menunjukkan ke arah mangsa yang berdiri di tepi jalan.

Suspek dilihat memakai jaket biru hitam, terduduk di tepi jalan dengan dikerumuni polis trafik serta orang awam. Kejadian ragut itu juga dipercayai berlaku di Pulau Pinang.

Netizen puji tindakan pemandu Mercedes

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan pemandu terbabit kerana berani merempuh peragut daripada melarikan diri tanpa memikirkan kerosakan keretanya.

image is not available

Pun begitu, ada juga yang risau dengan tindakan pemandu terbabit kerana negara ada undang-undang walaupun mempunyai niat yang baik.

Kejadian tersebut juga patut dijadikan pengajaran masyarakat agar tidak melakukan jenayah sebegini.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.