“Nak serang saya, silakan” -Onn Hafiz tak gentar serangan politik Puad Zarkashi

LocalPolitics
30 Jun 2026 • 4:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan beliau tidak tergugat dengan serangan peribadi yang dilemparkan terhadapnya sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Yang penting pengundi tak terikut-ikut

Memetik laporan daripada Harian Metro, Menteri Besar Johor itu berharap pengundi tidak mudah terpengaruh dengan politik berasaskan serangan peribadi kerana pilihan raya seharusnya memberi fokus kepada kebajikan rakyat dan kestabilan negeri.

“Nak serang saya… silakan. Tapi yang penting, pengundi tidak terikut-ikut dengan caranya,” katanya ketika diminta mengulas mengenai serangan peribadi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit terhadapnya.

Image from: “Nak serang saya, silakan” -Onn Hafiz tak gentar serangan politik Puad Zarkashi

Sepatutnya Puad contohi sikap beberapa pemimpin UMNO

Menurut Onn Hafiz lagi, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sepatutnya mencontohi sikap beberapa pemimpin UMNO yang tidak dicalonkan semula tetapi terus memberi sokongan kepada parti tanpa menyerang mana-mana pihak.

“Datuk Ayub dulu pun tak dicalonkan, tapi beliau tak merajuk. Beliau tak pernah pun keluar nak ngata-ngata, kerana perjuangan ini bukan tentang mana-mana individu ia lebih kepada rakyat juga masyarakat.

“Sebelum ini, kita pun dapat tahu melalui apa dikongsikan oleh Setiausaha Agung UMNO, rupa-rupanya calon yang dia (Mohd Puad) nak ketengahkan ialah anak dia sendiri.

“Maka pelbagai serangan dibuat termasuk ke atas diri saya dan lebih dahsyat lagi, dia boleh kaitkan dengan istana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Amanat Kepada Jentera BN Bahagian Batu Pahat di Rengit, pada Selasa.

Turut hadir ialah tiga calon BN iaitu Boo Chin Leong bagi DUN Penggaram, Mohd Yusla Ismail (Senggarang) dan Mohd Zaidi Japar (Rengit).

Image from: “Nak serang saya, silakan” -Onn Hafiz tak gentar serangan politik Puad Zarkashi

Ingatkan jentera BN kerja keras

Dalam masa sama, Onn Hafiz mengingatkan jentera BN supaya bekerja keras bagi mempertahankan kemenangan di DUN Senggarang dan Rengit, selain merampas semula kerusi DUN Penggaram.

“Cabaran untuk kita kekalkan kemenangan Zaidi Japar (DUN Rengit dan (Mohd) Yusla (Ismail) (Senggarang) juga bukan satu perkara yang mudah.
“Apatah lagi apabila kita ada cita-cita besar untuk merampas kembali DUN Penggaram selepas kita kalah pada pilihan raya sebelum ini,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro (Alias Abd Rani)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved