Nak Setel Kes Kena Banyak Komitmen, Ada Mangsa Didakwa Tarik Balik Report

27 Jul 2023 • 5:44 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kes amang seksual melibatkan pendakwah PU Azman hari ini sudah memasuki hari keempat. Prosiding itu berlangsung di Mahkamah Sesyen Seremban dan setakat ini 10 saksi perbicaraan telah tampil memberikan keterangan.

Menerusi ruangan komen Instagram mStar, seorang lelaki tampil mendakwa ahli keluarganya merupakan salah seorang mangsa dalam kes ini.

Tetapi pihak keluarganya dikatakan terpaksa menarik balik laporan kerana untuk menyelesaikan kes ini memerlukan banyak komitmen. Komitmen yang dimaksudkan di sini adalah tenaga, masa dan wang ringgit.

image is not available

image is not available

Jelas lelaki ini lagi, bukan mudah untuk mangsa membuat fitnah ke atas tertuduh tanpa bukti yang kukuh. Untuk memberi kenyataan dengan pegawai penyiasat pun mengambil masa berjam-jam.

image is not available

image is not available

image is not available

Tambahnya, pihak keluarga kini sudah reda dan tak lagi bercerita mengenai kejadian itu. Mereka hanya menyerahkan kepada Allah SWT untuk membalas perbuatan tersebut.

image is not available

Terdahulu, pendakwah terkenal PU Azman didakwa di atas lima pertuduhan melakukan jenayah seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki masing-masing berusia pada 16 dan 17 tahun pada Februari dan Julai tahun lalu.

Pendakwah ini turut berdepan tujuh lagi pertuduhan berhubung kesalahan jenayah seksual yang didakwa dilakukannya terhadap dua kanak-kanak dan seorang remaja di Mahkamah Shah Alam, Klang dan Ampang.

Kredit: Berita Harian | Instagram mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media