“Saya Lebih Takut Azab Allah..” – Firdaus Wong Jadi Saksi Kesepuluh, Dedah Masuk Campur Kes PU Azman

27 Jul 2023 • 7:20 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pendakwah bebas, Firdaus Wong turut hadir ke mahkamah bagi perbicaraan kes amang seksual melibatkan PU Azman sebagai saksi kesepuluh.

Menurut laporan mStar, mangsa memaklumkan yang Azman pernah minta mereka untuk meliwatnya dan perkara ini dikatakan Firdaus Wong dalam perbicaraan itu.

Mangsa ada sebut ‘main’ belakang.

Firdaus Wong juga mengatakan yang dia ingin jadi pemudah cara untuk mangsa yang terlibat dalam kes berkenaan.

Saya bagitahu mangsa kalau mereka perlukan bantuan psikologi sebab trauma, kami sedia membantu.

Bukan tu jer, pendakwah itu juga memaklumkan yang dia masuk campur dalam kes tersebut bukan kerana mempunyai hubungan rapat dengan mana-mana pihak berkuasa dan hanya ingin menegakkan mana yang benar.

Saya sebenarnya penakut tapi saya buat apa termampu walaupun dikecam. Saya lebih takutkan azab Allah.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved