Nak Subsidi Diesel? Wajib Buat Penyelenggaraan Berkala – Pakar

LocalPolitics
30 Dec 2024 • 10:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kemalangan tragis yang meragut tujuh nyawa pada 23 Disember baru-baru ini telah menimbulkan persoalan tentang sejauh mana aspek penyelenggaraan kenderaan berat diberikan perhatian sebelum dibenarkan untuk bergerak di jalan raya.

Rekod Penyelenggaraan Berkala Jadi Syarat Subsidi

Salah satu cadangan yang diberikan untuk menangani isu “teknikal” yang menjadi punca kemalangan, adalah untuk menjadikan rekod penyelenggaraan berkala sebagai syarat utama permohonan subsidi diesel.

image is not available

Cadangan ini dilontarkan oleh Ketua Focus Group Manufacturing Technology Management, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Mohamed Ismail KP Pakir Mohamed yang yakin bahawa langkah ini mampu mendorong pemilik syarikat memastikan kenderaan mereka sentiasa selamat untuk digunakan di atas jalan raya.

"Perkara ini memerlukan komitmen dan sudah tiba masanya pemilik syarikat mengambil tanggungjawab memastikan kenderaan berat milik mereka selamat digunakan dan pastikan dalam pelan perniagaan, ada diperuntukkan untuk kos penyelenggaraan.

Wujudkan ‘Safety Officer’

image is not available

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan mewajibkan lantikan safety officer sebagaimana yang dilakukan di negara Jepun ke atas pemilik syarikat kenderaan perdagangan. Safety officer memainkan peranan penting iaitu untuk membuat pemeriksaan kenderaan sebelum dibenarkan bergerak keluar dan masuk premis syarikat dan tapak projek.

Insentif Untuk Pematuhan

Bagi menangani isu pematuhan yang rendah, Mohamed Ismail mencadangkan kerajaan memberi insentif seperti pelepasan cukai kepada syarikat yang cemerlang mematuhi peraturan.

Wajibkan Penggunaan Teknologi Penting

image is not available

Sementara itu, Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Law Teik Hua menyarankan kerajaan agar mewajibkan penggunaan teknologi seperti Tire Pressure Monitoring System (TPMS) untuk mengawasi tekanan tayar secara langsung, serta kawalan kelajuan yang sesuai bagi mengelakkan kemalangan.

“Dengan adanya TPMS dan kadar kelajuan terkawal, keadaan tayar bukan sahaja boleh dipantau secara terus daripada sistem ketika pemanduan, malah pemandu juga boleh menghentikan kenderaan dalam keadaan selamat,” katanya.

Sumber: Bernama