‘Tayang kertas ujian jawapan mengarut, macam buka pekung di dada’ – Cikgu tegur segelintir guru malukan murid

LocalPolitics
16 Dec 2024 • 4:10 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Di era media sosial, sesetengah guru dilihat gemar memuat naik gambar atau video kertas ujian murid yang kosong atau dipenuhi jawapan mengarut. Namun, tindakan ini menimbulkan persoalan tentang kesannya terhadap murid dan imej guru itu sendiri.

Seorang pendidik, Cikgu Nagenganu, baru-baru ini berkongsi pandangannya di TikTok, menegur sikap segelintir guru yang menjadikan kertas ujian murid sebagai bahan kandungan di media sosial. Dalam videonya, beliau menyuarakan rasa tidak setuju dengan perbuatan sedemikian dan menyifatkannya sebagai “membuka pekung di dada”.

@nagenganu

Guna jawapan murid untuk menilai semula pengajaran kita. #pendidikan #education #malaysia

♬ original sound – nagenganu – nagenganu

“Apa motif cikgu buat video kertas ujian anak murid cikgu? Bila buat begitu, sebenarnya cikgu menunjukkan kegagalan diri sendiri. Kalau saya, saya malu jika murid tak tahu menjawab soalan atau memberikan jawapan yang tidak masuk akal,” katanya.

Menurut Cikgu Nagenganu, salah satu sebab murid tidak dapat menjawab peperiksaan dengan baik adalah kelemahan dalam sistem pengajaran itu sendiri. Tindakan menayang kertas ujian kepada umum hanya menunjukkan kelemahan guru dalam membantu murid mencapai potensi mereka.

Tegasnya, jika tujuan guru berbuat demikian adalah untuk memprotes sistem pendidikan semasa, tindakan itu adalah salah. Sebaliknya, guru sepatutnya menyokong perubahan yang sedang diperkenalkan dan mengambilnya sebagai cabaran untuk menjadi pendidik yang lebih baik.

@acapwaklu95

Peninggg… ‍♂️ ‍♂️ ‍♂️ ‍♂️ #geografi

♬ original sound – princess suzie pinky – ungkusuzieadriana3
Video sekadar hiasan

“Kita perlu berani berubah untuk menjadi negara maju seperti Finland. Perubahan ini bermula dengan mentaliti kita sendiri,” tambahnya.

Menyentuh isu guru yang memuat naik kandungan berkaitan ujian murid Tahap Satu, beliau menjelaskan sistem pendidikan kini tidak lagi menekankan peperiksaan bagi murid-murid di Tahap Satu, tetapi lebih kepada pembelajaran berasaskan kemahiran dan minat.

“Kita sedang bergerak ke arah pembelajaran sepanjang hayat. Fokusnya bukan lagi belajar untuk peperiksaan, tetapi untuk meningkatkan kemahiran dan semangat ingin tahu,” ujarnya.

Pandangan Cikgu Nagenganu ini mendapat perhatian ramai pengguna media sosial, yang rata-rata bersetuju bahawa peranan guru adalah untuk membimbing murid dengan penuh tanggungjawab tanpa merendahkan martabat mereka. – The Reporter