Tindakan pempengaruh dan juga pelakon, Wak Doyok yang sebelum ini mengkritik tindakan Haroqs dengan menyifatkan perbuatan tersebut boleh memberi kesan kepada hidupan laut seperti penyu, selain menganggap ia sebagai tindakan kurang cerdik kerana dilakukan secara terbuka dan menjadi tontonan umum.
Namun, kecaman yang dilihat agak keterlaluan itu membuatkan pelakon Nadzmi Adhwa terpanggil untuk memberikan respons.

Nadzmi yang juga suami kepada Ardell Aryana, salah seorang sukarelawan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF 2.0), mempersoalkan tindakan Wak Doyok yang didakwa memperlekehkan seseorang sehingga menyentuh soal peribadi.
Sebelum ini, Haroqs sudah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung tindakannya itu.
View this post on Instagram

Dalam penjelasannya, Haroqs berkata dia berharap makanan yang dilepaskan itu dapat sampai kepada anak-anak Gaza.
Sementara itu, perkembangan terkini berkaitan GSF 2.0 menyaksikan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) setakat semalam masih belum menerima sebarang maklumat baharu mengenai kesemua peserta Global Sumud Flotilla 2.0 yang ditahan Israel sejak Isnin lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

“Kalau Kenal Mak Dia, Tolong Bagitahu Yang Anaknya...” – Muat Naik Foto Haroqs, Akaun Ejen Mossad Cetus Kemarahan Netizen Malaysia
The post “Nak Tanya Dia Tu Hensem Sangat Ke?” – Kutuk Rupa Paras Haroqs, Nadzmi Adhwa Tegur Wak Doyok first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
