Nadzmi Adhwa persoal adab Wak Doyok – “Kenapa sampai boleh hodohkan orang sesuka hati?”

21 May 2026 • 10:24 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Nadzmi Adhwa tampil mempersoalkan tindakan ikon fesyen terkenal Wak Doyok yang didakwa mengkritik penampilan individu lain secara terbuka di media sosial.

Boleh ke burukkan orang sesuka hati

Image from: Nadzmi Adhwa persoal adab Wak Doyok – “Kenapa sampai boleh hodohkan orang sesuka hati?”

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Threads, Nadzmi atau Nadzmi Adhwa Nor Adzmi meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap segelintir pihak yang dianggap terlalu mudah menghina rupa paras orang lain.

Image from: Nadzmi Adhwa persoal adab Wak Doyok – “Kenapa sampai boleh hodohkan orang sesuka hati?”

“Nak tanya ni adakah Wak Doyok tu terpaling hensem kat Malaysia ni sampai boleh hodohkan orang dan burukkan orang sesuka hati? Tanya dengan nada ingin tahu,” ciapannya, hari ini.

Sebelum ini, perkongsian aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, Haroqs menjadi perhatian susulan tindakannya mencampak coklat di laut.

Susulan hantarannya itu, pempengaruh media sosial Wak Doyok turut mengecam tindakan berkenaan kerana boleh mengancam ekosistem dan kehidupan laut.

Image from: Nadzmi Adhwa persoal adab Wak Doyok – “Kenapa sampai boleh hodohkan orang sesuka hati?”

“Dah lah tak handsome bodoh pula tu. Rosak eko sistem dalam laut bodoh. Kalau termakan gula-gula oleh sang penyu boleh mati. Kebodohan yang di tonton umum,” tulis Wak Doyok.

Rata-rata pengguna media sosial turut membahaskan soal adab dan batas dalam memberikan pandangan terhadap penampilan seseorang, lebih-lebih lagi apabila melibatkan figura awam yang mempunyai pengaruh besar.

Setakat ini, Wak Doyok belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas berhubung teguran yang dibuat oleh Nadzmi.