Nak Tembak Isteri, Tertembak Pengawal Peribadi

14 Apr 2024 • 9:20 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
tembak

Seorang lelaki yang merupakan pengawal peribadi cedera parah selepas terkena satu das tembakan ketika berada di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1).

Difahamkan kejadian itu berlaku sekitar jam 1.30 pagi pada 14 April 2024. Dalam kejadian tersebut, suspek melepaskan dua das tembakan dan salah satunya terkena seorang lelaki tempatan (pengawal peribadi).

@zakwanyaakub Mohon hati hati . Ada kejadian tembak menembak di klia sekarang 1.30am… sapa yang ada kat sana atau otw ke sana mohon hati hati #klia #tembak #tembakmenembak #klia1 ♬ original sound – Zakwanyaakub

image is not available

Ketua Polis Selangor dalam satu laporan media berkata, siasatan awal mendapati suspek sebenarnya mahu melepaskan tembakan kepada isterinya yang sedang menunggu ketibaan jemaah umrah di situ tetapi terkena pengawal peribadi.

image is not available

Suspek kemudian melarikan diri dan pihak polis kini sedang giat memburu suspek untuk siasatan lanjut. Laporan penuh menyusul.

Kredit: Facebook Farah Cie | TikTok @zakwanyaakub

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media