Pengawal Peribadi Mangsa Tembakan Di KLIA Terpaksa Ditidurkan

14 Apr 2024 • 3:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pengawal peribadi yang menjadi mangsa tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1) pagi tadi kini terpaksa ditidurkan.

Menurut laporan Harian Metro, perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Beliau berkata, mangsa kini kritikal selepas terkena satu das tembakan pada jarak dekat sekitar tiga ke empat meter.

image is not available

“Saya dimaklumkan mangsa di ‘induced coma‘ (ditidurkan) sejurus keadaan kembali stabil dan pembedahan selanjutnya akan dijalankan ke atas pengawal peribadi itu.

“Suspek berkenaan tiada permit senjata api dan kita percaya dia memperoleh pistol berkenaan secara haram,” katanya.

image is not available
Tangkap layar gambar tular mengenai kejadian di klia1, pagi tadi.

Menurut PDRM, pihaknya mempercayai suspek telah mendapat senjata terbabit secara haram.

Selain itu, pihak PDRM turut mendedahkan nama suspek iaitu Hafizul Harawi serta mengeluarkan gambar untuk memudahkan orang awam untuk membuat laporan polis.

Dalam masa yang sama, pihak polis turut mendedahkan bahawa suspek pernah mengugut isteri mangsa sehingga wanita berkenaan membuat laporan polis pada tahun 2016 dan 2013.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.