Nak Tenang? 5 Selebriti Korea Ini Tidak Mempunyai Akaun Instagram Peribadi

Music
6 Oct 2023 • 11:27 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Laman media sosial seperti Instagram dan Twitter adalah platform yang hebat di mana selebriti boleh berhubung dengan peminat mereka.

Namun ada juga selebriti Korea memilih untuk menjauhkan diri daripada aplikasi media sosial dan bersikap rendah diri.

Jun Jihyun

image is not available

Jun Ji-hyun suka menjaga kehidupan peribadinya sendiri. Pelakon jelita dan berbakat ini hanya mempunyai laman web rasmi dan kafe peminat untuk mengikutinya. Malah paparazi juga tidak dapat menyimpan banyak info daripada bintang Korea itu kerana dia begitu pandai bersembunyi.

Jo Jungsuk

image is not available

Walaupun dia tiada laman Instagram rasmi sendiri, nasib baik agensinya, JAM Entertainment, sentiasa memuat naik gambar Jo Jung-suk di Instagran mereka. Selain itu, agensi ini akan menyiarkan pencapaiannya sama ada, keluaran lagu baharu mahupun swafotonya.

Kang Dongwon

image is not available

Kang Dong-won mendedahkan bahawa dia tidak menggunakan media sosial kerana tiga sebab: dia tidak mempunyai apa-apa untuk dikongsi, dia mempunyai personaliti yang tidak mahu bercakap dengan orang yang tidak dikenali, dan dia tidak nampak bagaimana media sosial boleh menjadi satu bentuk komunikasi.

Park Haejin

image is not available

Park Hae-jin pernah menyatakan walaupun dia percaya media sosial boleh digunakan untuk mempromosikan karya seseorang, tetapi ia lebih mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan kerana media sosial boleh menimbulkan sebarang kontroversi.

Ha Jungwo

image is not available

Ha Jung-woo berkata, dia tidak nampak keperluan untuk menggunakan media sosial. Selain itu, memandangkan usianya sudah mencecah 50-an jadi dia merasakan tidak sesuai untuk menggunakan platform itu.

Mungkin lagi tenang kot kalau takde media sosial.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.