“Setiap hari saya masak” – Puteri Sarah Akui Suka Tunjuk Rajin Memasak Masa Awal Kahwin

Entertainment
5 Oct 2023 • 1:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selain berlakon, Puteri Sarah juga rajin berkomunikasi dengan peminatnya melalui laman media sosialnya dengan mengadakan sesi live.

Pelakon drama Hijrah Jannah itu sering berkongsi cerita dan berbual dengan peminatnya di media sosial seperti TikTok dan Instagram, dia sering menjawab soalan-soalan dari mereka sambil melakukan aktiviti harian.

Terbaru, ketika dalam satu sesi live, ada peminat yang bertanya adakah dia masak untuk hari ini namun jawapan bekas isteri pengarah terkenal itu membuatkan ramai terkedu.

“Setiap hari saya masak, takkan saya nak tunjuk. Saya kahwin dari 2014. Dari 2014, 2015, 2016, 2017, saya memang tunjuk saya masak tapi bila masuk 2019 tu saya rasa tak payah tunjuklah sebab dah ada anak.

Tapi 2019, saya mula tunjuk memasak makanan bayi. Apa yang saya masak untuk Syaikhul dengan Sumayyah,” katanya.

Dia juga mengakui dia sering berkongsi masakannya ketika awal perkahwinannya sahaja.

Malah, Puteri Sarah juga berkata dia tidak lagi ‘rajin’ untuk memuat naik video masakkannya memandangkan dia perlu menjaga anak dan menguruskan segala komitmennya.

Hmm, betul jugak tu kan…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.