Nak Tengok ATM Beraksi? Karnival Hari ATM Ke-93 Bermula Hari Ini Di Lumut

19 Sep 2026 • 10:49 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Nak Tengok ATM Beraksi? Karnival Hari ATM Ke-93 Bermula Hari Ini Di Lumut

LUMUT: Orang ramai yang teruja mahu melihat lebih dekat aksi dan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) boleh berkunjung ke Karnival Hari ATM Ke-93 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, bermula hari ini.

Rakaman yang dikongsikan pengguna Threads @kemmy_rodgers menunjukkan sekumpulan anggota ATM berlari dalam formasi sambil membawa senjata di kawasan pangkalan TLDM, dipercayai sebahagian daripada persiapan menjelang karnival berkenaan.

Karnival itu berlangsung selama dua hari pada 19 dan 20 September, dari jam 8 pagi hingga 7 malam.

Pelbagai Tarikan Menanti Pengunjung

Antara tarikan yang disediakan ialah pameran aset darat, laut dan udara, demonstrasi pasukan khas, Perbarisan Tempur ATM, lawatan ke kapal TLDM serta aktiviti menaiki bot.

Pengunjung turut berpeluang menyaksikan demonstrasi maritim membabitkan bot TLDM dan helikopter daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM.

Selain itu, terdapat persembahan, reruai, aktiviti keluarga dan Sunset Ceremony yang dijadualkan setiap petang sepanjang karnival berlangsung.

Karnival Hari ATM 2026 dijangka menarik lebih 200,000 pengunjung, sekali gus memberi peluang kepada orang ramai mengenali dengan lebih dekat anggota, aset dan keupayaan ATM. – The Malaysian Update

The post Nak Tengok ATM Beraksi? Karnival Hari ATM Ke-93 Bermula Hari Ini Di Lumut appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved