Nak Tingkatkan Kesedaran Tentang Krisis Iklim, Stesen Kereta Api Di Jerman Ditukar Nama Jadi ‘Kuala Schlumpur’

12 Nov 2022 • 2:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, stesen kereta api Schlump di Jerman telah ditukar namanya menjadi ‘Kuala Schlumpur’ (gabungan nama Kuala Lumpur & Schlump) untuk meningkatkan kesedaran tentang perubahan dan krisis iklim.

Memetik laporan NDR, stesen kereta api di Hamburg, Jerman itu ditukar menjadi ‘Kuala Schlumpur’ selama tiga hari untuk memberi bayangan bahawa jika mereka tidak melakukan sebarang tindakan, kawasan di negara itu boleh bertukar menjadi cuaca panas seperti di iklim khatulistiwa di negara kita.

Selain itu, terdapat beberapa stesen lain juga di Jerman yang ditukar namanya menjadi nama negara-negara yang mempunyai cuaca panas selama tiga hari dengan sebab yang sama iaitu mahu menyedarkan penduduk mereka tentang kesan perubahan iklim.

Antaranya ialah stesen Saarlandstraße yang menjadi ‘Saharalandstraße’ (gabungan nama gurun sahara dan Saarlandstraße) dan stesen Hammerbrook menjadi ‘Havannerbrook’.

Selain itu, mereka juga mahu meningkatkan kesedaran tentang isu krisis iklim seperti kemarau berpanjangan, suhu yang semakin meningkat dan paras laut yang semakin meningkat di bandar itu.

Sind euch heute bereits unsere umbenannten Haltestellen aufgefallen? Mit der Aktion setzen wir ein Zeichen für den…

Posted by hvv on Monday, November 7, 2022

 

Tak sangka orang Jerman tahu kewujudan ibu negara kita kan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.