Peniaga uptown mengamuk! Gadis kantoi edit resit, padahal hanya ‘transfer’ 1 sen

14 May 2024 • 12:17 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Didakwa melakukan penipuan, seorang gadis kantoi edit resit semasa melakukan pembayaran atas talian kepada seorang peniaga di sebuah gerai di kawasan Uptown Sungai Petani.

Menerusi satu perkongsoan di TikTok, @aryssaaddena memuat naik satu video memaparkan gadis yang telah melakukan penipuan atau ‘scam’ dengan menyunting resit pembayaran atas talian.

Gadis kantoi edit resit

Individu yang memuat naik rakaman video ini menjelaskan gadis itu hanya membuat pembayaran sebanyak RM0.01 sahaja sebelum menyunting resit pembeliannya.

“Amaran scam! Buat pembayaran RM0.01 kemudian edit resit letak harga barang. Peniaga lain hati-hati, pastikan semak resit tu.

image is not available

“Nasib baik saya tergerak nak semak, dorang kantoi. Lepastu dorang tak jadi scam dua lagi kedai sebab saya sergah, kalau terlepas tadi tak tidur lena saya.

“Sudahlah sekarang perniagaan teruk sikit,” katanya pada video itu.

Sementara itu, gadis itu turut mendedahkan dia melakukan perkara tersebut kerana termakan dengan kata kawan-kawannya yang berkata dia tidak akan ditangkap.

image is not available

“Saya nak cuba sahaja sebab kawan kata lepas,” ujar gadis itu.

Dalam pada itu, individu yang memuat naik video ini menjelaskan mereka tidak mengambil sebarang tindakan terhadap gadis itu dan melepaskannya.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang berkongsi pengalaman sama berlaku kepada mereka ketika menjalankan perniagaan.

Pernah kena, bayar RM0.01 juga

image is not available

image is not available

Kena masa berniaga iPhone dulu

image is not available

Gadis kantoi edit resit, bagus ajar sikit dorang ni

image is not available

Ada juga warganet yang mengecam tindakan gadis itu yang seakan-akan tidak menyesali perbuatannya walaupun telah ditangkap.

Siap buat gaya

image is not available

image is not available

Syok sendiri

image is not available

Bagus juga kongsi pasal benda ni

image is not available

Menerusi tinjauan, gadis itu telah membuat pengakuan yang dia sememangnya bersalah kerana membuat penipuan seperti itu.

Gadis kantoi edit resit mengaku bersalah

@mielatsiong

SEMUA ORANG TAK PERNAH LEPAS DARI BUAT SILAP KAN.. jangan la dngr sebelah pihak lagipun kt tmpt kejadian sya ja yg tau apa jadi dan sya mintk maaf dh last ii bole lgi buat side income pahala untuk sya sbb post video tk full dan muka sya tk blurkn katanya mlm tu kn BUKAN SETTEL dh bgi duit BARANG PON bgi dh nk apa nk malukan aib and naikn view cara tk kena la AKAK

♬ original sound – ᴀʀʏ | ʀᴀᴄᴜɴ ᴠɪʀᴀʟ – ᴀʀʏ | ʀᴀᴄᴜɴ ᴠɪʀᴀʟ

“Untuk maklumat semua orang, memang ya saya mengaku malam tu di Uptown tu saya bersalah. Dan malam tu juga, saya minta pemilik video tu untuk padam video tu.

“Tahu-tahu dia dah post. Padahal saya dah mengaku dan saya dah bayar kot. Bukan saya mencuri ke, saya cakap saya salah kan,” kata gadis itu di video balasannya.

Sumber: TikTok @aryssaaddena, @mielatsiong