“Nak Ugut For Saman?” – Dakwaan Pukul, Adik Ipar Ajak Aliff Teega Jumpa Umi

Entertainment
28 Nov 2023 • 11:48 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Selepas memaklumkan dirinya berkahwin dua, timbul pula dakwaan mengatakan Aliff Teega memukul isterinya Aisyah Hijanah. Biar betul?

Dakwaan mengejutkan itu diluahkan oleh adik Aisyah sendiri dikenali sebagai Amirul Adni Rustam di satu perkongsian Instagram Story.

Terbaru, individu ini sekali lagi bersuara apabila dia didakwa akan dikenakan tindakan undang-undang. Dengan berani, Amirul Adni berkata dia tidak takut dan meminta abang iparnya itu supaya bersemuka dengan ibu dan keluarga Aisyah yang lain.

image is not available

Tambah Amirul Adni lagi, bila dah buat hantaran di media sosial, seseorang tu harus bersedia menerima segala risiko dan akibatnya.

Macam ni la ya nak ugut for saman? Is it saman malu? Baru tahu erti malu ke? Lol

Dalam isu ini, dia sebagai adik ipar mencadangkan pempengaruh itu berbincang secara profesional dengan keluarga di rumah.

image is not available

Kredit: Instagram Amirul Adni Rustam | Oh My Media

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.