“Be a gentleman” – Diugut Saman, Adik Aisyah Hijanah Cabar Alif Teega Jumpa Keluarga Depan-depan

Entertainment
28 Nov 2023 • 11:03 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, pasangan suami isteri yang merupakan personaliti media sosial terkenal, Alif Teega dan Aisyah Hijanah meraih perhatian netizen selepas Alif mengumumkan bahawa dirinya telah mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

Terkini, menerusi hantaran di Insta Story, adik kepada Aisyah tampil mencabar abang iparnya untuk bersemuka dengan keluarganya bagi menyelesaikan kemelut yang menjadi bualan orang ramai ketika ini.

Sebelum ini, adik Aisyah iaitu Amirul Adni Rustam mendedahkan sikap sebenar abang iparnya yang bertindak memukul kakaknya yang sedang hamil cahaya mata ketiga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohd Hazalif (@alifteega)


Bagaimanapun, Alif Teega menyangkal dakwaan itu dengan menyatakan ia tuduhan melampau dan mahu mengambil tindakan undang-undang walaupun dari keluarga sendiri.

“Please be a gentlemen”

Susulan itu, Amirul memaklumkan bahawa dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan berhubung dakwaan yang dibuat.

image is not available

“Macam ni lah ugut untuk saman? Adakah saman malu? Baru tahu erti malu ke?”

“Please be a gentleman in this issue! Apa kata kau datang dan bincang secara profesional dengan kami.

“Jumpa Umi dan keluarga Aisyah di rumah depan-depan. Ke dah ada family baru for your new responsibility?” tulisnya.

Terdahulu, Alif tampil menyangkal dakwaan memukul isteri dan berhubung dengan wanita lain sambil menyifatkan ia satu tuduhan yang berat, sebelum hantaran itu dipadam beberapa minit selepas ia dimuat naik.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.