Nam Yoonsu Akan Bawa Watak Suka Lelaki Dalam Drama ‘Love In The Big City’

EntertainmentMovie
28 Aug 2024 • 4:03 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Nampaknya, drama Korea pun dah mula aktif mencipta naskhah kisah cinta sesama jantina.

Terbaru, TVING telah mengumumkan tayangan drama baru “Love in the Big City” yang akan diterajui pelakon seperti Nam Yoon-su, Lee Soo-kyung dan Jin Ho-eun.

Untuk pengetahuan, ini adalah melodrama yang mengikuti kisah rakan sebilik, iaitu seorang lelaki yang sukakan lelaki dan seorang wanita yang heteroseksual.

Dalam drama ini, Nam Yoon-su akan memainkan watak sebagai lelaki homoseksual dan ibunya yang menafikan tentang seksualiti anaknya.

Meskipun telah bertemu cinta sejatinya Gyu-ho, dia terpaksa melepaskannya dan mengikuti orang tak dikenali ke Thailand.

Kalau nak tahu best ke tak drama ni, nantikan “Love in the Big City” akan mula ditayangkan pada 21 Oktober ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.