“Nama Aku Dah Busuk, Jangan Buat Taik Dekat Muka Aku” – Bekas Ipar Dedah Konflik Keluarga, Shima Anuar Tampil Pertahan Diri

Entertainment
3 Sep 2026 • 10:40 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Selepas namanya dikaitkan dengan kemelut rumah tangga abang kandungnya, pelakon Shima Anuar akhirnya tampil memberikan penjelasan dan menegaskan bahawa tindakan undang-undang sedang diambil.

Menerusi perkongsian di Threads, Shima berkata dia selama ini sentiasa menjaga nama baik dirinya serta suami dan tidak gemar mencampuri urusan orang lain.

Advertisement
View this post on Instagram

Bagaimanapun, menurutnya, kesabaran seseorang juga mempunyai batas.

“Selama ini aku jaga nama aku, jaga nama suami. Pernah nampak aku meroyan tak tentu pasal? Sibuk ambil tahu hal orang? Aku memang jenis tak suka bising-bising tetapi tahap kesabaran manusia ada batasnya.

“Satu sahaja nak pesan, hati-hati bila berkata-kata terutama kalau tak tahu pangkal cerita. Ambil iktibar dari kes-kes sebelum ini sebab nanti hujung-hujung…. Hati-hati ya,” tulisnya.

Shima Tegaskan Tidak Akan Berdiam Diri

Dalam pada itu, Shima menegaskan dia tidak lagi akan berdiam diri selepas namanya didakwa dikaitkan dengan pelbagai tuduhan.

Malah, dia memaklumkan tindakan undang-undang sedang dalam proses dan menganggap perkara itu serius.

“Kebenaran akan terungkai tak lama lagi. Benda dah post, viral yang kau nak pun kau dah dapat. Nama aku dah busuk, dituduh kejam dan jahat. Tindakan undang-undang dalam perjalanan.

“Aku tak main-main kali ini. Tak kuasa. Aku tidak akan biarkan orang baling taik dekat muka aku,” ujarnya.

Nama Shima Dikaitkan Dengan Kemelut Keluarga

Terdahulu, bekas isteri abang Shima, Yusnani Yusof, meluahkan rasa terkilan berhubung dakwaan membabitkan anaknya, Airit.

Wanita Dakwa ‘Diperleceh’ Pelakon Wanita Setelah Bercerai & Anak Didera, Dedah Dipanggil ‘Perempuan Gila’

Yusnani mendakwa Airit berdepan isu kebajikan ketika bersama bapanya dan isteri baharu, Adila Shah.

Susulan beberapa perkongsian tersebut, nama Shima turut dikaitkan selepas dia didakwa memberikan sokongan terhadap Adila.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

SA2026-09-02 13:17:47

Wanita Dakwa 'Diperleceh' Pelakon Wanita Setelah Bercerai & Anak Didera, Dedah Dipanggil 'Perempuan Gila'

The post “Nama Aku Dah Busuk, Jangan Buat Taik Dekat Muka Aku” – Bekas Ipar Dedah Konflik Keluarga, Shima Anuar Tampil Pertahan Diri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved