Nama Dipetik Isu Pelakon Janda ‘Sondol’ Suami Orang, Shakilla Koriri Beri Respon – “Saya Pun Tak Tahu Siapa…”

Entertainment
13 Sep 2023 • 3:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Aktres Shakilla Koriri akui enggan ambil pusing selepas namanya dipetik warganet berhubung kontroversi seorang pelakon wanita berstatus janda didakwa menyebabkan perceraian.

Dakwaan terbabit mengatakan aktres yang tidak dinamakan tersebut menjadi orang ketiga sehingga pasangan berkenaan bercerai.

image is not available 2 days ago

Dah Janda Jadi Penyondol Pula, Pelakon Wanita Acah Teranaiya 'Sondol' Suami Orang Sampai Isteri Fail Cerai

Jelas ibu kepada seorang anak itu, isu berkenaan tiada kaitan dengan dirinya dan kontroversi sebelum ini juga sudah lama diselesaikan.

Tambahnya, jika masih ramai yang mahu mengaitkan namanya, ia langsung tidak memberi kesan buruk kepada dirinya dan keluarga.

Saya pun tak tahu siapa yang dimaksudkan dalam berita tersebut. Tak ada mention nama saya. Tak ada orang datang or call saya pasal apa-apa, jadi tiada kena mengena dengan saya.

Shakilla berkata dia kini sibuk dengan kerja dan bahagia bersama anak serta keluarganya jadi tiada masa untuknya mengambil tahu jika ada yang bercakap tentang dirinya.

Lagi benda tiada kena mengena dengan saya, lagi saya skip!

image is not available