Nama Disalah Guna Dalam Iklan Pinjaman Wang Palsu, Siti Nurhaliza Tampil Bersuara – “Ini Scammer & Bohong!”

LocalEntertainment
23 Jun 2025 • 4:59 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya tampil bersuara selepas namanya disalah guna dalam beberapa iklan palsu yang mendakwa dia menawarkan perkhidmatan pinjaman wang berlesen di media sosial.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Siti turut berkongsi tangkap layar video daripada seorang pengguna TikTok yang bukan saja menyebarkan iklan tersebut, malah mengaku kononnya pinjaman itu sah dan dipercayai.

image is not available

Enggan mendiamkan diri, Siti menegaskan bahawa servis ‘pinjaman wang berlesen’ itu adalah scammer dan penipu.

Saya nampak ni di TikTok. Ini scammer dan bohong.

Dalam pada itu, penyanyi itu turut meminta agar orang ramai membuat laporan terhadap akaun tersebut dan sentiasa berhati-hati agar tidak terpedaya dengan akaun berkenaan.

Jika sesiapa nampak posting macam ni, tolong report dan alert di komen supaya tidak ada yang terpedaya. Dunia sekarang ni macam-macam.

image is not available

Berdasarkan tinjauan di akaun TikTok berkenaan, pemilik akaun itu mengatakan bahawa pinjaman wang berlesen ini mendapat kelulusan daripada pihak berwajib.

image is not available image is not available

Sebelum ini, nama dan wajah penyanyi itu dan suaminya iaitu Datuk Seri Khalid telah digunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dalam iklan perniagaan, pelaburan tanpa kebenaran.

Malah, para peniaga turut menggunakan wajah mereka dalam iklan testimoni produk palsu.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 2 months ago

Dikecam Dibayar Tinggi Menyanyi Di Majlis Rumah Terbuka KKM, Siti Nurhaliza Tampil Beri Penjelasan - "Saya Hadir Sebagai Tetamu"