Anak Shuib Bersuara, Pertikai Sikap Suka Hukum Wanita Tak Bertudung

LocalFamily & Parenting
12 Jun 2025 • 1:01 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia shuib thalita tudung

Anak kepada pelawak terkenal Shuib dan arwah Siti Sarah, Thalita, mencuri perhatian ramai selepas tampil bersuara tentang kritikan ke atas wanita tak berhijab yang dihukum dan dilabel pendosa.

Menerusi satu status di TikTok, Thalita meluahkan rasa hairan terhadap sikap sesetengah pihak yang gemar melabel wanita ‘free hair’ sebagai berdosa.

Sumpah, saya tak faham kenapa segelintir orang rasa yang ‘free hair’ ni banyak dosa dan mereka juga akan menghukum sebab tak pakai tudung. Sekurangnya dia bukan pakai tudung untuk ‘style’.

Anak Shuib harap netizen tegur dengan adab…

image is not available

Thalita dalam masa sama tidak menolak teguran, tetapi berharap ia disampaikan dengan cara yang lebih berhemah dan berhikmah.

Saya perasan sekarang yang pakai tudung ni selalu menghukum orang yang tak pakai tudung. Ye, boleh tegur, tapi tegur bertempat dan elok-elok.

@thalita_shuib

Terima kasih orang2 Utara yang datang support Thalita malam tadi. Ramai sangat!!!! Thalita sayang semua Teruskan support Thalita ok. Terima kasih @pakmatwesternhq

♬ original sound – Thalita_Shuib – Thalita_Shuib

Luahan tersebut mendapat reaksi positif daripada ramai netizen yang tampil memberikan kata-kata semangat kepada Thalita. Ramai turut mendoakan agar satu hari nanti dia akan berhijab sepenuhnya dengan rela hati.

image is not available

Pssttt! Zaman sekarang, ramai yang mudah menjatuhkan hukuman tanpa kenal hati budi seseorang. Hidayah milik Allah, dan setiap orang melalui perjalanan yang berbeza. Kalau nak menegur, biarlah dengan kasih, bukan kecaman. Semoga Thalita terus kuat dan terbuka hatinya suatu hari nanti.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.