Nama ibu jadi inspirasi, Kedai Emas Salamah bakal bawa konsep gaya hidup moden di cawangan ketiga

7 May 2026 • 2:32 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Nama ibu jadi inspirasi, Kedai Emas Salamah bakal bawa konsep gaya hidup moden di cawangan ketiga

BAGI sesetengah wanita, membeli emas bukan lagi sekadar mengikut trend atau memenuhi minat terhadap barangan kemas semata-mata. 

Di sebalik kilauan itu, tersimpan nilai sentimental, gaya peribadi dan juga pelaburan untuk jangka masa panjang.

Melihat kecenderungan masyarakat yang semakin menghargai nilai emas, Kedai Emas Salamah terus melangkah ke hadapan apabila bakal membuka cawangan ketiganya di Galaxy Ampang, Selangor selepas kejayaan operasi di Medan Gopeng, Perak dan Kajang.

Di sebalik perkembangan tersebut, jenama yang menggunakan nama ibu pemiliknya itu sebenarnya sudah bertapak dalam industri sejak tahun 2012 sebagai pembekal emas sebelum membuka kedai fizikal kira-kira empat tahun lalu.

Pendekatan yang dibawa juga lebih dekat dengan komuniti apabila mengetengahkan suasana membeli-belah yang santai dan mesra pelanggan tanpa mengira usia.

Pengurus Kedai Emas Salamah cawangan Ampang, Mohd Bukri Osman berkata, majlis perasmian yang bakal berlangsung pada 9 Mei ini turut disusun sebagai sebuah acara santai untuk seisi keluarga.

“Majlis perasmian itu nanti diserikan dengan pelbagai acara antaranya pameran kereta dan motorsikal mewah, para pelanggan boleh mengambil gambar ‘Outfit of the Day (OOTD)’ untuk dimuat naik ke laman sosial.

“Antara kereta yang dipamerkan adalah dari jenis Lamborghini pelbagai model dan motorsikal Ducati, bukan itu sahaja, kami turut adakan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak,” katanya.

Image from: Nama ibu jadi inspirasi, Kedai Emas Salamah bakal bawa konsep gaya hidup moden di cawangan ketiga

Selain suasana meriah dan aktiviti yang disediakan, pengunjung juga boleh menyertai cabutan bertuah yang diadakan sepanjang acara berlangsung.

Bagi mereka yang membuat pembelian minimum RM1,000, peluang memenangi kepingan emas seberat 10 gram turut disediakan, manakala pengunjung yang hadir tanpa pembelian juga berpeluang membawa pulang hamper.

Malah, kempen cabutan bertuah itu diteruskan sepanjang tahun ini dengan tawaran hadiah pakej umrah bagi pembelian minimum RM2,500.

Menurut Mohd Bukri, pihaknya mahu membina hubungan yang lebih dekat dengan pelanggan melalui layanan yang selesa dan pengalaman membeli-belah yang lebih mesra.

“Acara ini bukan sahaja untuk meraikan pembukaan cawangan baru tetapi untuk memperkenalkan kedai kami kepada komuniti dengan konsep layanan mesra sesuai untuk pelbagai peringkat.

“Di sini, kami menawarkan harga trade in yang tinggi dan harga kasih sayang untuk koleksi emas baharu di samping jualan emas terpakai (preloved) serta tawaran kos upah yang berpatutan,” ujarnya.

Mengangkat tagline ‘Legasi Kemewahan’, Kedai Emas Salamah turut menampilkan pelbagai koleksi moden seperti Marissa dan Cecilia yang sesuai digayakan dalam pelbagai acara.

Majlis perasmian tersebut dijadual berlangsung dari jam 12 tengah hari hingga 5 petang dan orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan acara sambil menikmati suasana santai yang dibawakan.

View Original Article