Nama ‘Ikhwan’ Jadi Perhatian, Kenyataan Syarikat Penghawa Dingin Buat Ramai Ketawa

LocalEntertainment
13 Sep 2024 • 5:13 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sejak akhir-akhir ini, nama Global Ikhwan Services and Business Holding Sdn Bhd (GISBH) telah menjadi topik hangat pengguna di media sosial.

Perkara itu menjadi perhatian selepas ia didakwa berkait dengan ajaran sesat dan ada dakwaan terbabit dalam jenayah mengeksploitasi kanak-kanak di rumah amal.

Isu seperti ini secara tidak langsung membuatkan masyarakat khususnya pengguna media sosial bimbang dan seterusnya menyenaraikan apakah perniagaan yang membabitkan GISBH.

Bimbang terpalit, syarikat penghawa dingin bernama ‘Ikhwan’ tampil maklumkan tiada kena mengena

Sedar mengenai perkara itu dan bimbang jika ada masyarakat keliru, sebuah syarikat penghawa dingin yang dikenali sebagai Ikhwan Aircond & Electric telah tampil memaklumkan mereka tidak mempunyai kaitan dengan pihak berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan oleh syarikat tersebut menerusi satu muat naik di TikTok @ikhwanaircond.

“Dengan segala hormatnya, pihak Ikhwan Aircond & Elektrik ingin memaklumkan kepada semua pelanggan dan orang ramai bahawa syarikat kami tiada kena mengena dengan Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB).

“Nama Ikhwan dalam syarikat kami adalah sempena nama pengasas kami, Ikhwan Hakim dan bukan merujuk kepada mana-mana entiti atau organisasi lain,” katanya.

Malah syarikat itu turut berharap dengan penjelasan yang diberikan sebarang kekeliruan dapat dielakkan.

image is not available

Ramai terhibur dan sifatkan ‘kerana setitik Ikhwan, rosak Ikhwan sebelangga’

Kenyataan dikeluarkan oleh syarikat itu secara tidak langsung membuatkan ramai terhibur. Malah ada juga yang sempat berseloroh dengan warna mengatakan warna syarikat itu turut boleh mengundang kekeliruan kerana berwarna biru.

Ada juga mengatakan dek kerana satu nama Ikhwan yang terbabit dengan kontroversi, ‘Ikhwan’ lain juga terpalit.

Kenyataan syarikat penghawa dingin itu turut menjadi tular di X dan meraih perhatian pengguna di platform tersebut.

“Haishh kerana setitik ‘Ikhwan’, rosak Ikhwan sebelanga”

image is not available

“Dah terfikir dah… kesian perniagaan lain yang pakai nama Ikhwan tapi tak berkaitan”

image is not available

“Jangan risau bang. Asalkan tak pakai songkok Ikhwan sudahlah”

image is not available

“Kesian semua nama Ikhwan kena ‘banned”

image is not available