Nama ‘Muhammad’ Jadi Nama Bayi Lelaki Paling Popular Di England Pada 2023

Entertainment
7 Dec 2024 • 10:07 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebagai ibu bapa, sudah tentulah kita akan menitikberatkan dengan pemilihan nama bayi kita yang baru lahir kerana kita mahu anak-anak kita memiliki nama yang enak didengar dan mempunyai maksud yang baik.

Namun, tahukah anda, nama ‘Muhammad’ menjadi nama yang paling popular dalam kalangan bayi lelaki di England dan Wales pada tahun 2023?

Memetik laporan BBC, nama Muhammad itu telah menjadi 10 nama popular pilihan ibu bapa di England sejak 2016 lagi namun untuk tahun 2023, nama Muhammad itu telah mengatasi nama kegemaran ramai di sana iaitu Noah.

Difahamkan, lebih 4,600 bayi yang lahir pada tahun 2023 telah didaftarkan dengan nama Muhammad.

Nama ketiga yang paling popular untuk menamakan bayi lelaki di negara itu pula jatuh kepada nama Oliver dan diikuti oleh George di tangga keempat.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Selain itu, ejaan lain bagi nama tersebut iaitu Mohammed dan Mohammad juga turut tersenarai dalam 100 nama popular pilihan ibu bapa di England dan Wales.

Difahamkan, data-data diperoleh daripada Pejabat Statistik Negara tersebut.

Manakala untuk bayi perempuan pula, nama Olivia menjadi pilihan utama ibu bapa diikuti dengan nama Amelia, Isla dan Lily serta Freya.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Selain itu, nama seperti Reign dan Saint juga semakin menjadi pilihan utama ibu bapa di sana untuk menamakan bayi mereka yang baru lahir, dipercayai kerana nama itu merupakan nama anak dalam keluarga selebriti popular Hollywood iaitu keluarga Kardashian-Jenner.

Sumber: BBC

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.