“Nama tak payah tukar” – Tersasul Cakap ‘Suami Saya’ Masa Live, View Chin & Mira Dah Kahwin?

Entertainment
11 Jan 2024 • 4:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas lama ‘mendiam’ View Chin dan Mira kembali menjadi tumpuan netizen apabila ada yang mengatakan bahawa mereka kini sudah berkahwin.

Spekulasi itu mula timbul apabila video mereka berdua live bersama tular di TikTok, dalam video tersebut View Chin dilihat tidak lagi berselindung dan mengakui yang dia akan menyayangi Mira.

Malah, dalam keratan video sesi live mereka, View Chin juga menjawab persoalan netizen yang anggap bahawa mereka baru sahaja pulang berbulan madu. View Chin menepis dakwaan tersebut dengan menegaskan bahawa mereka berdua baru pulang daripada membuat urusan kerja.

Firasat warganet bertambah kuat mengatakan mereka ini sudah berkahwin apabila ada soalan ditujukan kepada View Chin berkenaan dengan nama baharunya. View Chin menegaskan bahawa namanya tak perlu ditukar selain daripada memuji keanggunan Mira.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tertanya-tanya sama ada mereka sudah ada ikatan sah sebagai suami isteri atau belum, namun, ada netizen mengatakan bahawa dia pernah tengok live yang Mira seperti terlepas cakap menyebut ‘suami saya’.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Dalam pada itu, ramai juga yang memberikan ucapan tahniah kepada pasangan ini. Hurm, benda dah jadi, kita doakan yang baik-baik je la buat mereka ini.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.