Nama Tak Tersenarai Dalam Filem Prekuel Mat Kilau, Adi Putra Akur Keputusan Penerbit

Entertainment
22 Mar 2023 • 12:07 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
Mat Kilau: nama adi putra tiada dalam filem prekuel

Pada Oktober tahun lalu, penerbit Studio Kembara, Abdul Rahman MD Dali telah mengesahkan bahawa terdapat tiga tunjang utama yang tidak akan terlibat dengan filem prekuel Mat Kilau.

Antara barisan pelakon yang disahkan adalah Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy dan juga pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan iaitu Syamsul Yusof.

Menurut penerbit, ketiadaan kedua-dua pelakon itu adalah disebabkan watak yang dimainkan dalam filem sebelum ini tidak mempunyai kaitan dengan filem prekuel yang bakal dibuat.

Adi Putra akur nama tiada dalam filem prekuel Mat Kilau

Terbaharu, Adi Putra terima keputusan dilakukan syarikat produksi, Studio Kembara Sdn Bhd yang telah mengeluarkan namanya dari barisan pelakon untuk filem prekuel berkenaan.

Menurut pelakon watak Mat Kilau itu pengesahan berkenaan telah dikeluarkan sendiri oleh pihak penerbit dan dia akur dengan keputusan tersebut.

“Saya terima dengan qada dan qadar. Pengesahan itu dikeluarkan pihak penerbit dan akur dengan keputusan itu. Penerbit dan pelakon ada batasan. Penerbit ada kuasa untuk menerbit dan membuat ketentuan dari segi pemilihan.

“Kita sebagai pelakon adalah dalam kategori ‘freelance’, tidak ada hak mutlak kerana kami tidak menerbitkan sesuatu,” ujarnya dipetik Harian Metro.