“Penerbit Ada Kuasa” – Adi Putra Sahkan Tak Tersenarai Dalam Mat Kilau 2

21 Mar 2023 • 12:01 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
adi putra mat kilau

Pelakon watak utama dalam filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, Datuk Adi Putra memaklumkan namanya tak tersenarai dalam prekuel Mat Kilau yang akan datang.

Memetik laporan Gempak, dia menerima pengesahan itu menerusi satu kenyataan daripada pihak penerbit iaitu Kembara Studio.

“Hanyalah pelakon, pekerja buruh” – Adi Putra

image is not available

Dia bagaimanapun akur dan reda dengan keputusan yang telah dibuat. Jelasnya, penerbit ada kuasa untuk menerbitkan dan menentukan pemilihan.

Sebagai pelakon, dia tak ada kuasa mutlak nak menentukan barisan pelakon yang akan berlakon dalam prekuel Mat Kilau.

Penerbit ada kuasa untuk menentukan dan ketentuan untuk pemilihan. Saya hanya seorang pelakon atau boleh dikatakan sebagai pekerja buruh. Pelakon ini dalam kategori freelance, tidak ada kuasa kerana kami tidak menerbitkan sesuatu.

Pelakon berusia 42 tahun ini menerima qada dan qadar yang telah ditentukan. Dia sama sekali tak mempersoalkan perkara tersebut.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.